≡ Menu

Doa Yang Boleh Dibacakan Ketika Hari Jumaat. Insya’Allah

Penghulu Segala Hari

نسأل الله العظيم رب العرش العظيم

“Ya Allah Yang Maha Agung, Tuhan Pemilik ‘Arasy yang Agung,

Kami hamba-hambaMu yang hina dan sangat berharap akan rahmat kasih sayangMu,

Dengan keberkatan sayyidul ayyam,

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kami merintih pertolonganMu dan belas kasihanMu,

Agar diberi petunjuk kepada kami untuk melaksanakan tanggungjawab kami sebagai seorang rakyat yang ingin yang terbaik untuk tanah air yang kami cintai,

Agar dikurnia buat kami pemimpin-pemimpin yang adil, tegas, penyayang, menjaga kebajikan kami, mentadbir urus dengan baik dan sentiasa sibuk memikirkan tentang rakyat dan negara.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa atas Segala Sesuatu,

BACA:  Apa Pandangan Islam Tentang Sendawa Kuat Dihadapan Orang

Kami yang lemah ini, merayu agar diselamatkan kami daripada kejahilan, kefakiran, kezaliman dan penindasan.

Jauhkan diri kami daripada sifat berputus harap, hilang semangat dan lemah keazaman.

Perkuatkan jiwa dan hati kami dengan keimanan dan keyakinan hakiki terhadap setiap keputusan yang Engkau tentukan buat kami.

Sungguh, kami hanya lah rakyat yang kerdil dan hambaMu yang menyerahkan setiap usaha kami kepadaMu.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahiim,

Negara kami diuji dengan pelbagai musibah seperti banjir dan krisis kepimpinan, kesihatan dan ekonomi,

Sempena Pilihanraya yang bakal tiba esok hari,

Engkau hadiahkan kami barisan kepimpinan yang dapat membantu kami melalui ujian-ujian ini, mampu memberi harapan baru untuk kami, mengasihani kami, tidak berlaku zalim terhadap kami, tidak menghancurkan masa depan kami, tidak mengkhianati kami dan tidak merosakkan tanah tumpah darah kami,

BACA:  Hidupkan Ramadhan Di Rumah, Rugi Jika Tidak Dimanfaatkan Sepanjang PKP Ini

Sesungguhnya kami benar-benar berharap dan menagih rahmatMu, wahai Tuhan Sekalian Alam.

يا حي يا قيوم

برحمتك نستغيث

أصلح لنا شأننا كله ولا تكلنا إلى أنفسنا طرفة عين ولا أقل من ذلك يا نعم المجيب

ربنا لا تسلط علينا بذنوبنا من لا يخافك فينا ولا يرحمنا

اللهم ول أمورنا خيارنا ولا تول أمورنا شرارنا برحمتك يا أرحم الراحمين

وصلى الله عل سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.