≡ Menu

“Doktor, isteri saya setiap malam ajar dia menulis huruf. Tapi tak pandai-panda

Jarang betul nampak ayah yang setekun ni.
Nampak dia bersungguh nak tahu perkembangan anaknya di klinik.
“Doktor, isteri saya setiap malam ajar dia menulis huruf. Tapi tak pandai-pandai.
Satu huruf sampai 1 jam dia ajar. “
Sebenarnya perkembangan motor halus jari anaknya ketinggalan. Dah umur 5 tahun lebih, tapi dia masih belum pandai melukis bulatan.
Cuba kita fikirkan, bayi yang baru lahir pun perlu belajar duduk dulu, merangkak, berdiri dan kemudiannya barulah berjalan. Ada prosesnya.

“Kalau isteri ajar anak menulis huruf sekarang, umpama kita minta bayi yang baru belajar duduk untuk terus bangun berlari.
Dia belum sampai tahap tu lagi.”
Ayahnya melopong.
Saya pun terangkan:
✔️ Usia 15 bulan – boleh mula menconteng
✔️ Usia 2 tahun – menconteng berbentuk bulatan
✔️ Usia 2.5 tahun – boleh lukis garis menegak “I”
✔️ Usia 3 tahun – boleh lukis bulatan
✔️ Usia 4 tahun – boleh lukis “X” (pangkah)
✔️ Usia 5 tahun – boleh lukis segi empat

BACA:  Inilah 7 “c” Sebab Suami Benci Isteri – Nasihat Dr Fadzilah Kamsah

Barulah ayah ni tersedar jauhnya anak dia ketinggalan. Mukanya berkerut. Nampak buntu dan risau. Saya cuba tenangkan ayah ni.
“Apa saya nak buat ni?”
Saya pun cadangkan buat dulu aktiviti ni:
❤️ Main tampal dan cabut stiker
– Latih anak untuk bersedia pegang pensel
❤️Main sepit baju
– Bila sepit pakaian pada penyepit, anak belajar koordinasi antara otot tangan dan pandangan mata.
– Ni dipanggil sebagai visual motor coordination.
❤️ Baling dan sambut bola.
– Bantu tingkatkan fokus anak untuk melihat objek dari jauh jadi makin dekat.
– Bantu skil menyalin tulisan dari papan putih.
❤️ Lukis secara bebas atas kertas mahjung yang ditampal pada dinding.
– Bantu kuatkan “core muscles” anak.

BACA:  6 Keberkatan Doa Ibu Yang Kita Perlu Tahu

Sumber : Redza Zainol

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.