
1.Banyakkan Berdoa
Antara doa yang elok diamalkan setiap kali selesai solat fardhu dan sunat ialah membaca :
رَبِّ لا تَذَرْنى فَرْداً وَأَنْتَ خيْرُ الوارِثينَ
رَبِّ هَبْ لى مِنْ لَدُنْكَ ذُرِيَّةً طَيِّبَةً اِنَّكَ سَميعُ الدُّعاء
Ertinya :
“Wahai Tuhanku janganlah kiranya Engkau biarkan aku sendirian tanpa keturunan dan Engkaulah sebaik-baik orang-orang yang mewarisi.”
“Wahai Tuhanku kurniakanlah bagiku dari sisi Mu zuriat yang baik. Sungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar akan permintaan.”
2.Banyakkan Bersedekah Dan Istighfar
Antara amalan yang boleh meringankan kesusahan atau penyakit ialah membanyakkan sedekah dan istighfar. Kesukaran mendapatkan zuriat adalah termasuk orang yang berada dalam kesusahan.
Diriwayatkan daripada Abu Umamah Al-Bahili r.a. Rasulullah ﷺ bersabda :
دَاوُوا مَرضاكُمْ بِالصَّدقةِ
Ertinya : “Rawatlah kamu sekalian akan segala penyakit yang ada pada kamu dengan bersedekah.” (Hadith di dalam kitab Sahih Al-Jami’ & Ad-Dailami)
Dan diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata telah datang seorang lelaki mengadu kepada Nabi ﷺ dan berkata :
: ما رزقت ولداَ قط ولا ولد لي فقال رسولالله : “فأين أنت من كثرة الاستغفار وكثرة الصدقة ترزق بهما“، فكان الرجل يكثر الصدقة والاستغفار.. قال جابر: فولد لهذا الرجل تسعة ذكور
“TIADA DIREZEKI AKAN AKU INI ANAK SAMA SEKALI DAN AKU TIDAK ADA ZURIAT LALU BERSABDA RASULULLAH : ENGKAU HENDAKLAH PERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN BANYAKKAN BERSEDEKAH NESCAYA DIREZEKI AKAN KAMU DENGAN SEBAB KEDUANYA. MAKA LELAKI ITU PUN MEMBANYAKKAN SEDEKAH DAN BERISTIGHFAR. BERKATA JABIR : KEMUDIAN LELAKI ITU TELAH DIKURNIAKAN SERAMAI SEMBILAN ORANG ANAK LELAKI.” (RIWAYAT ABU HANIFAH DI DALAM MUSNADNYA)

Telah berkata Syeikh A’idh Al-Qarni :
Ertinya : “Dan setengah dari kisah yang sangat elok berlaku pada setengah orang yang menderita sakit tidak mendapat anak dan sungguhnya dia telah berubat dengan pelbagai ubat sehingga lemah para doktor untuk merawatinya.
Kemudian dia bertanyakan ulama maka kata ulama : Hendaklah kamu banyakkan istighfar pada waktu pagi dan petang maka sesungguhnya Allah telah berkata tentang orang yang banyak beristighfar bahawa Allah akan mengurniakan kepada mereka harta dan anak-anak. Lalu lelaki itu mengamalkan istighfar maka Allah telah mengurniakannya zuriat yang baik.” (Al-Kalimu At-Tayyib)
KESIMPULAN
Orang yang belum mendapat zuriat hendaklah berusaha dan bertawakkal kepada Allah. Antara usahanya ialah mendapatkan rawatan dengan pakar-pakar kesihatan yang berkaitan dan melazimkan pula selalu berdoa dan memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin dan selalu beristighfar kepada Allah.
Hendaklah sentiasa menaruh harapan bahawa Allah pasti akan mengurniakannya zuriat kerana Allah itu adalah apa yang disangkakan oleh hamba-Nya.
Wallahua’lam
