≡ Menu

Dua misil sasar Mekah dan Jeddah berjaya dipintas

PASUKAN Pertahanan Udara Diraja Arab Saudi memintas dan memusnahkan dua misil yang didakwa dilancarkan pemberontak Houthi semalam.

Jurucakap tentera Gabungan Arab memberitahu misil tersebut dilancarkan menuju ke Mekah dan Jeddah.

“Ia dimusnahkan di ruang udara Taif dan serpihan projektil pertama jatuh di Wadi Jalil, sebuah lembah luas menuju ke Mekah.

BACA:  Makanan Yang Sesuai Bagi Mereka Yang Menderita Angin Ahmar, Insya'Allah

Rakaman video yang menjadi tular di media sosial menunjukkan misil kedua dipintas dan dimusnahkan di ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah.

Difahamkan, ia bukan kejadian pertama kerana pemberontak Houthi didakwa pernah melancarkan misil menyasarkan Mekah pada Julai 2017.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Insiden itu berlaku selepas Riyadh memberi amaran terhadap serangan dron yang menyasarkan stesen pam saluran paip minyak di bandar Dawadmi dan Afif yang memindahkan minyak ke pelabuhan Yanbu dan ke seluruh dunia pada 14 Mei lalu.

BACA:  8 Jenis Buah Yang Boleh Meransang Otak Anak-Anak. Gantikan Processed Food Dengan Natural Food

Sumber: Astro Awani

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.