≡ Menu

Dua Perkara Ini Menghalang Seorang Hamba Meraih Redha Ilahi, Nauzubillah

Setiap kita adalah hamba Allah yang mengabdikan diri untuk taat melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Firman Allah SWT:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan Aku (Allah) tidak menjadikan jin dan manusia itu kecuali supaya mereka beribadah (memperhambakan diri) kepadaKu (al-Dzariyat: 56)

Pengabdian diri tidak dapat dicapai tanpa seseorang itu mengenali penciptaNya. Dengan akal semata-mata, manusia tidak mampu mengenali Tuhannya. Kerana itu Allah SWT telah mengutuskan para rasul kepada umat manusia daripada kalangan mereka untuk memperkenalkan kepada mereka tentang Tuhan supaya mereka dapat mengabdikan diri kepadaNya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Namun disana terdapat halangan yang boleh menjadi penghalang kita daripada mencapai tujuan tersebut antaranya:

1.Kejahilan

Kejahilan merupakan penghalang kebanyakan manusia. Orang yang berada dalam keadaan jahil seperti orang yang berjalan dalam kegelapan. Dengan sebab kejahilan seseorang itu terhalang daripada mengenali Tuhannya. Dengan sebab kejahilan seseorang itu terhalang daripada mengenali suruhan dan larangan Tuhannya sehingga dia mengabaikan tuntutan agamanya dalam kehidupan ini. Dengan sebab kejahilan seseorang itu terhalang daripada mengenali kehidupan akhirat sehingga dia tidak membuat persediaan yang cukup bagi tujuan tersebut.

BACA:  Qurban Atau Aqiqah, Yang Mana Yang Perlu Didahulukan? Baca Lebih Lanjut

Halangan kejahilan mesti dibuang daripada diri seseorang dengan mewajibkan diri menuntut ilmu. Rasulullah SAW bersabda :

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

Menuntut ilmu adalah satu kewajiban ke atas setiap muslim (HR Ibn Majah: 224).

2. Dosa

Dosa yang dilakukan seseorang akan mengakibatkan kekotoran hati dan menjadi penghalang  hati daripada mencapai hakikat kebenaran. Dosa diumpamakan seperti titik-titik hitam yang menutup permukaan hati manusia di mana kewujudannya boleh menghalang penglihatan mata hati (basirah). Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَاْ أَذْنَبَ الْعَبْدُ نُكِتَ فِيْ قَلْبِهِ نُكْتَةٌ سَوْدَاْءُ فَإِنْ تَاْبَ صَقُلَ مِنْهَاْ فَإِنْ عَاْدَ زَاْدَتْ حَتَّى تَعْظُمَ فِيْ قَلْبِهِ فَذَلِكَ الرَّاْنُ الَّذِيْ ذَكَرَهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ كَلَّاْ بَلْ رَاْنَ عَلَى قُلُوْبِهِمْ مَاْ كَاْنُوْا يَكْسِبُوْنَ

Apabila seseorang mukmin itu melakukan sesuatu dosa maka ada titik hitam dalam hatinya, sekiranya dia bertaubat dan beristighfar maka bersihlah hatinya itu, sekiranya ia berulang (dosanya) maka bertambahlah (titik hitam itu) sehingga ia menutupi hatinya, maka itulah al-raanu yang disebut oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud “bahkan apa yang telah mereka usahakan itu (kekufuran dan kemaksiatan) telah menutup hati mereka”. (al-Hakim, al-Mustadrak)

Kewujudan dosa yang tidak diikuti dengan taubat dan istighfar menjadikan penglihatan mata hati manusia terhalang sehingga ia tidak dapat melihat hakikat kebenaran dengan nyata dan terang. Hatinya akan menjadi keras dan berperangai buruk.

Dosa mesti dibersihkan dengan bertaubat dan beristighfar.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.