≡ Menu

Elak Kasut Berbau Dengan Cara Ini. Jangan Ambil Mudah Masalah Kaki Berbau

Kaki berpeluh adalah antara punca masalah kaki berbau. Bakteria yang hidup atas lapisan kulit dan dalam kasut suka pada kelembapan seterusnya menghasilkan acid by product yang menjadi punca kepada masalah bau yang busuk.

Jadi, bagaimana hendak mengurangkan bakteria pada lapisan kulit kaki ini?

Berikut adalah 6 petuan mengatasi masalah kaki berbau dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan mudah untuk anda lakukan dirumah.

1. Rendam Kaki Dalam Air Garam

Isikan satu baldi besar dengan air suam dan masukkan antara 1/2 hingga satu cawan garam. Rendam kaki selama 20 minit. Lakukan setiap hari selama dua minggu.

Garam akan mengurangkan kelembapan pada kaki secara tidak langsung mengurangkan bakteria pada lapisan kulit.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2. Rendam Kaki Dengan Cuka

Campurkan satu bahagian cuka bersama dua bahagian air dalam bekas. Rendamkan kaki selama 30 minit sekali sehari dalam jangka masa seminggu.

BACA:  Pelajaran Yang Kita Dapat Pelajari Daripada Surah Al-Zalzalah, Jangan Jadi Seperti Kaum Musyrikin Mekah

Apabila kaki kering, bakteria sukar untuk hidup.

3. Guna Air Rebusan Teh

Masukkan dua uncang teh hitam dan satu jag air dalam periuk. Rebus selama 15 mini. Masukkan dua jag air dan gaul kemudian tuang dalam baldi. Rendam kaki anda selama 30 minit dan lakukan sekali sehari selama seminggu.

Acid dalam teh mengecilkan liang roma dan seterusnya mengurangkan perpeluhan. Ia juga bertindak sebagai antibiotik yang dapat membubuh bakteria.

Selain itu, anda juga boleh meletakkan uncang teh pada kasut yang berbau untuk menyerap semua bauan yang tidak menyenangkan.

4. Pakai Stokin Yang Sesuai

Sebaiknya anda seharusnya memakai stokin yang diperbuat daripada nilon dan kapas. Stokin nilon memerangkap perpeluhan di kaki manakala stokin kapas pula memberi ruang untuk kaki bernafas.

Jika anda seorang yang kuat berpeluh terutamanya di bahagian kaki, digalakkan untuk membawa extra stokin dalam beg. Mudah untuk anda menukar stokin apabila berpeluh dengan banyak.

BACA:  Walaupun Tsunami Melanda Palu, Amalan Syirik Memuja Penunggu Laut Tetap Diteruskan

5. Sembur Bahagian Dalam Kasut

Sembur bahagian dalam kasit dengan semburang disinfectant yang khusus untuk kasut. Biasanya jenama kasut terkenal atau sesetangah farmasi ada menjual semburan seperti ini. Ia mengandungi ethanol yang mampu membunuh bakteria.

Lakukan yang sama pada stokin bersih kemudia letakkan dalam kasut semalaman agar semburan itu dapat meresap pada kasut.

6. Tabur Tepung Jagung

Jika tiada semburan disinfectant, boleh digantikan dengan tepung jagung atau bedak talkum yang tidak terlalu wangi. Ia akan meresap semua kelembapan dalam kasut.

Jangan Pandang Remeh Masalah Kaki Berbau

Meskipun ia bukan satu masalah yang besar, namun ia boleh menjejaskan penampilan. Malah, ia mungkin boleh menjadi lebih teruk jika tidak dirawat ataupun diatasi.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.