≡ Menu

Elakkan 5 Makanan Ini Jika Tak Mahu Menghidap Darah Tinggi Dan Hipertension

Penyakit darah tinggi ataupun Hipertensi adalah salah satu penyakit yang seringkali menyerang ramai orang. Bukan sahaja disebabkan keletihan, punca tekanan darah tinggi juga datang dari cara pemakanan seharian kita. Untuk pengetahuan anda ada 5 jenis makanan yang perlu anda elakkan jika anda menhidap penyakit darah tinggi atau Hipertensi.

Sedar atau tidak, sebenarnya kita sering mengambil Sodium secara berlebihan. Sodium adalah mineral yang diperlukan oleh tubuh kita untuk mengawal tekanan darah, membantu otot dan saraf berfungsi dengan baik. Sodium terdapat di dalam garam. Tidak kira garam buluh, garam bukit atau garam laut. Kesemuanya mengandungi Sodium.

Pengambilan sodium secara berlebihan akan menyebabkan kenaikkan tekanan darah, meningkatkan risiko penyakit jantung dan buah pinggang. Untuk pesakit tekanan darah tinggi, saranan adalah mengurangkan pengambilan garam sebanyan 1500mg seharii atau bersamaan 2/3 sudu teh garam sehari. Manakala keperluan normal garam adalah seeloknya dihadkan kepada 2400mg atau satu sudu teh sehari. Hakikatnya, pengambilan garam harian kita melebihi dari jumlah tersebut.

Berikut merupakan 5 Makanan Yang Perlu Dielakkan Bagi Yang Hidap Penyakit Darah Tinggi

1. Makanan Terproses
Tidak dapat dinafikan lagi, makan terproses mengandungi kandungan garam yang tinggi bagi memastikan rasanya kekal sedan dan kadangkala garam yang digunakan sebagai pengawet. Contoh Biskut, makanan ringan, mee segera, bijirin sarapan harian dan pelbagai lagi makanan terproses.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sebelum membeli sebarang makanan terproses, perhatikan pada label nutrisi yang terdapat pada pek makanan. Kandungan sodium atau natrium akan dilabelkan. Ini menunjukkan jumlah garam yang diambil untuk satu hidangan atau 100g makanan tersebut. Bandingkan di antara 1-3 jenama. Pilih makanan yang paling rendah kandungan garamnya.

BACA:  Khasiat Ikan Sadin Segar - Dr Izaza Mohd Zan

2. Makanan Segera / Sejuk Beku
Garam memberikan rasa yang enak pada makanan. Makanan segera atau sejuk beku biasanya mempunyai kandungan garam yang tinggi untuk mengekalkan rasanya dan laris untuk dipasarkan.

Makanan segera atau sejuk beku ini kadangkala digemari kerana ia pantas untuk dimasak dan dimakan. Sebagai contoh, satu hidangan lengkap burger daging sudah mempunyai lebih kurang 240mg sodium, 1 bekas kentang jejari mempunyai 209mg sodium. Seketul ayam goreng bahagian dada mempunyai 596mg sodium.

Bayangkan jika diambil 2 atau 3 ketul? Itu belum masuk lagi sodium daripada kentang dan coleslow. Bagaimana pula dengan garam dari makanan sejuk beku seperti nugget atau pizza atau hidangan prepack seperti lasagna, murtabak dan lain-lain? Kesemuanya kebiasannya mengandungi sodium yang agak tinggi untuk satu hidangan. Namun begitu, terdapat pelbagai pilihan makanan yang dikatakan ‘sihat’ atau kurang garam di pasaran.

Baca label makanan. Pilih hidangan makanan yang mengandungi garam kurang daripada 500mg per pack. Dan kurang daripada 300mg untuk snek makanan ringan.

3. Perisa Dan Perasa Tambahan
Serbuk perasa dan perisa tambahan kebiasannya mengandungi sodium yang sangat tinggi untuk satu sudu teh. Satu sudu teh stok ayam misalnya mengandungi 700mg sodium. Bayangkan apabila dimaskukkan ke dalam masakan, dan ditambah serbuk garam sudah banyak mana agaknya kandungan garam di dalam makana. Itu belum dimasukkan jumlah garam asli di dalam makanan lagi.

BACA:  Persidangan LGBT di Malaysia?

Tidak kira apa pun namanya serbuk perisa itu, kesemuanya mengandungi sodium yang sangat tinggi.

4. Sos Pencicah Dan Perasa Tambahan
Mahu memasak ayam goreng kicap, ayam digoreng bersama garam terlebih dahulu, ditambah pula dengan kicap pekat, kicap manis.

Goreng ikan dan ayam tanpa garam jika mahu dimasukkan sos atau kicap di dalam masakan. Bakar ayam atau ikan dengan perapan bawang dan halia serai untuk menambah rasanya. Hadkan penggunaan garam di dalam masakan. Kurangkan mencicah ulam dengan sambal belacan atau budu dengan kerap. Gunakan perahan asam limau sebagai penambah perisa dalam hidangan harian.

5. Makanan Yang Diasinkan / Jeruk / Asam
Makanan yang diasinkan tidak dapat lari daripada menggunakan garam yang banyak sebagai bahan awet. Samada ikan perkasam, daging yang diasinkan atau telur asin kesemuanya mempunyai garam yang tinggi. Hadkan pengambilannya kepada 1-2 kali sebulan sahaja.

Elakkan mengambil jeruk atau asam sebagai snek harian. Pilih sayur dan buah–buahan segar sebagai penganti kerana ia mempunyai kalium yang tinggi dan mampu membantu menurunkan tekanan darah.

Gunakan rempah ratus seperti halia, serai, bawang merah dan juga jintan putih. Serbuk lada hitam dan sebagainya sebagai bahan perisa tambahan di dalam masakan anda. Satu sudu makanan sudah memberikan 599mg sodium kepada makanan. Hadkan penggunaan serbuk perasa dan perisa sebagai tambahan di dalam masakan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.