Diabetes antara penyakit yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia sejak dulu lagi. Ia dikatakan berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang dan ada juga yang mengaitkannya dengan faktor genetik atau orang gelar sebagai penyakit keturunan.
Tapi, faktor pemakanan adalah punca yang paling sinomin dalam masyarakat kita. Sebab itulah, kita perlu mengambil langkah awal dengan mengurangkan pengambilan makanan dengan kadar gula yang tinggi kerana ia merupakan musuh utama bagi penghidap diabetes.
Namun, kadang-kala kita mungkin terlepas pandang kerana ada sebahagian produk makanan yang dianggap sihat dan bagus untuk kesihatan. Tapi, sebenarnya produk makanan itulah yang mengandungi gula lebih banyak dari sangkaan anda. Anda nak tahu bagaimana cara mana nak urus penyakit ini? Jom baca dulu..
1. AMALKAN DIET YANG SIHAT DAN SEIMBANG
Anda yang menghidap penyakit kencing manis boleh mengambil makanan yang sama seperti mereka yang tidak mempunyai penyakit kencing manis dengan hanya sedikit penyesuaian. Mulakan dengan memilih pelbagai jenis dari setiap kumpulan piramid makanan tanpa menjejaskan rasa atau zatnya.
Sekiranya berat badan anda berlebihan, pilih makanan yang rendah lemak dan kalori. Makanan yang tinggi serat membantu menurunkan paras glukosa dan juga paras kolesterol dalam darah anda, sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. KERAP MENGUJI DAN SIMPAN REKOD DARAH ANDA
Kini, anda boleh memantau tahap glukosa darah di rumah atau di tempat kerja dengan mengguna glukometer mudah alih. Anda cuma perlu cucuk sedikit pada hujung jari dan hasilnya dapat diketahui tidak kurang seminit.
Selain itu, pantau tahap glukosa darah mengikut nasihat doktor. Sesetengah pakar penyakit kencing manis mengesyorkan pemeriksaan sebelum makan, 2 jam selepas makan, sebelum atau selepas senaman, sebelum tidur dan ketika anda berasa tidak sihat.
3. KENALI TANDA-TANDA TAHAP GULA DALAM DARAH
Kadar gula dalam darah yang sentiasa berada pada tahap tinggi adalah penyebab utama diabetes. Anda juga mungkin memiliki bacaan gula dalam darah yang tinggi walaupun mengambil ubat-ubatan diabetes.
Apabila anda salah seorang penghidap diabetes penting untuk anda memantau tahap gula dalam darah. Sekiranya anda mengambil insulin, tahap gula dalam darah yang sangat rendah kadang-kala disebut sebagai reaksi insulin.
4. KENALI DAN AMALKAN PENGAMBILAN UBAT YANG BETUL
Ubat perlu diambil dengan cara yang betul bagi mendapatkan kesan optimum terhadap sesuatu simptom atau penyakit. Ini juga dapat mengelakkan kesan yang tidak diingini. Pengambilan ubat yang betul adalah dengan mengikut arahan yang diberikan melalui pembacaan label ubat.
Ubat dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti tablet, krim dan sebagainya. Bentuk yang berlainan mempunyai cara pengambilan yang berbeza. Tujuannya adalah untuk memastikan ubat bertindak terus ke atas sistem tersebut. Ia juga memberi kesan optimum terhadap penyakit dan mengelakkan kesan sampingan.