≡ Menu

Empat Jenis Manusia Yang Hebat Berdasarkan Hadis

Berdasarkan beberapa hadis dan ayat al-Quran, terdapat beberapa jenis manusia yang boleh dikategorikan sebagai manusia hebat. Antaranya adalah mereka yang bersabar ketika ditimpa sakit, mereka yang menahan diri dari maksiat, mereka yang memaafkan orang lain dan mereka yang berjaya mengawal marah.

Mereka Yang Sabar Ketika Ditimpa Sakit
Seorang wanita berkulit gelap sering ditimpa sakit (dirasuk) pada zaman Rasulullah Lalu Rasulullah bersabda kepadanya:

Sekiranya engkau bersabar (terhadap penyakit yang sering menimpamu ini), make Allah akan kurniakan buatmu syurga.
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Mereka Yang Menahan Diri Dari Maksiat
Rasulullah memuji mereka yang berjaya menahan diri dari maksiat dalam keadaan dia berpeluang melakukan maksiat tersebut. Sabda Rasulullah

“Dan seorang lelaki yang diajak untuk melakukan maksiat oleh seorang wanita yang cantik dan berkedudukan lalu dia berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Mereka Yang Menahan Diri Ketika Marah

Rasulullah memberikan definisi yang berbeza tentang kuat. Orang yang kuat lagi hebat adalah mereka yang berjaya mengawal marah:

Bukanlah yang dikatakan kuat itu (menang) dalam pergaduhan. Sesungguhnya orang kuat itu yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Mereka Yang Mampu Memaafkan Kesalahan

Allah mendidik Abu Bakar supaya memaafkan lelaki yang terlibat dalam menyebarkan berita fitnah terhadap Saidatina Aisyah. Firman Allah:

Dan maafkanlah mereka serta lupakan kesalahan mereka; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Nur: 22)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.