≡ Menu

Empat Perkara Yang Membatalkan Wuduk

1. Keluar sesuatu dari kemaluan qubul atau dubur.

Segala yang keluar melalui qubul (kemaluan depan) atau dubur (kemaluan belakang) samada dengan sengaja atau tidak maka ia membatalkan wuduk seseorang sekalipun sedikit sahaja, samada yang keluar itu sesuatu yang biasa seperti air kencing, air mazi, air wadi, tahi, kentut atau suatu yang bukan kebiasaan seperti darah istihadhah atau darah bawasir atau batu karang.

Firman Allah :

أو جاء أحد منكم من الغائط

Artinya : Atau kembali seseorang dari kamu daripada tempat buang air. (Al-Maidah 6)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Maksud kembali dari tempat buang air ialah selesai dari buang air kecil atau buang air besar.

Jika ada suatu yang keluar tetapi bukan dari dua jalan tadi maka wuduk seseorang tetap sah, seperti keluar darah dari hidung atau keluar muntah dari mulut dan seumpamanya.

2. Hilang Akal

Hilang akal samada dengan tidur, terlelap, pitam, pengsan atau koma samada sekejap atau lama dan samada sengaja atau tidak.

Sabda Rasulullah saw :

فمن نام فليتوضأ

Artinya : Barangsiapa telah tidur maka hendaklah dia mengambil wuduk. (Hadith Abu Daud & Ibnu Majah)

Adapaun tidur sambil duduk dalam keadaan punggungnya tetap dan tidak bergerak seperti dalam keadaan duduk bersila di atas lantai maka wuduknya tidak batal kerana berdalil dengan hadith riwayat Imam Muslim dari Anas ra berkata ia : “Para sahabat Rasulullah pernah tidur kemudian bangun solat tanpa berwuduk terlebih dulu. Tidur yang dimaksudkan di sini ialah tidur dalam keadaan duduk dan lekap punggungnya pada lantai sekira2 jika hendak keluar angin maka tidak bolih melainkan kena angkat punggungnya terlebih dulu.

3. Bersentuhan kulit di antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram

Maksud bersentuhan ialah kulit lelaki dengan kulit perempuan tanpa berlapik samada sentuhan dengan sengaja atau pun tidak sengaja tersentuh. Jika persentuhan berlaku dengan berlapik sekalipun dengan suatu yang nipis maka tidak batal wuduk.

Jika bersentuh selain kulit pada salah seorangnya seperti kuku, rambut, misai, janggut atau gigi maka tidak batal wuduk.

Jika salah seorang atau keduanya masih kecil seperti berumur lima atau enam tahun maka tidaklah persentuhan itu membatalkan wuduk.

BACA:  Kalau Terjaga Solatnya, Maka Kukuhlah Hubungan Sesama Keluarganya

Mahram maksudnya orang-orang yang haram kita berkahwin dengan dia seperti ibu, nenek, anak, kakak atau cucu cicit.

Firman Allah :

أو لامستم النساء

Artinya : Atau jika seseorang dari kamu menyentuh perempuan. (Al-Maidah 6)

4. Menyentuh kemaluan qubul atau dubur dengan tapak tangan

Sabda Rasulullah saw :

من مسّ ذكره فليتوضأ

Artinya : Barangsiapa menyentuh kemaluannya hendaklah dia mengambil wuduk. (Hadith Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Hibban)

Yang dimaksudkan dengan qubul bagi lelaki ialah zakar dan bagi perempuan ialah dua bibir faraj. Selain dari kedua ini tidak membatalkan wuduk jika tersentuh dan arti dubur ialah bulatan tempat keluar najis sahaja. Selainnya seperti dua papan punggung tidak membatalkan wuduk.

Jika sentuh kemaluan dengan selain tapak tangan seperti dengan tapak kaki atau betis atau dahi atau siku atau belakang tapak tangan atau disentuhnya kemaluan dengan memakai sarung tangan atau dari luar kain maka tidak membatalkan wuduk.

Wallahua’lam

********
rujukan : Kifayatul Akhyar Imam Taqiyuddin Ad-Dimasyqi As-Syafi’e

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.