≡ Menu

Empat Surah Dapat Menghindari SIHIR. Ramai Masih Tak Tahu !!! Jom Amalkan..


Al-Qur’an adalah sebaik-baik pendinding diri dan Rasulullah SAW sendiri ada menyatakan, Al-Qur’an adalah penawar. Jadi, jika ingin mengubatai penyakit atau mencari penyelesaian, sentiasalah membaca Al-Qur’an.

Juga, bagi menghindari diri daripada gangguan sihir dan makhluk yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar, beberapa ayat dari Al-Qur’an boleh dijadikan sebagai amalan harian.

1.Surah Al-Fatihah

Ummul Kitab, juga dikenali sebagai penawar seribu guna.

Anda boleh melazimkan diri untuk membaca Al-Fatihah sebanyak tujuh kali setiap kali selesai solat fardu. Tetapkan juga niat agar Allah SWT membantu anda melindungi diri daripada gangguan jin dan syaitan.

2.Al-Mu’awwizat

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah tiga Qul.

Ia terdiri daripada surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.
Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam.

3.Ayat Kursi

Sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda.
Lebih afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar.

BACA:  Saintis Jepun: Air Zam Zam ada Keajaiban yang amat besar… SUBHANALLAH!

4.Surah Yasin, ayat satu hingga ayat sembilan

Surah Yasin sering dikaitkan sebagai hati Al-Qur’an malah banyak hadis Rasulullah SAW yang membicarakan kelebihan yang ada pada surah Yasin.

Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman.

Dengan mengamalkan ayat-ayat diatas, kita akan dilindungi dari gangguan jin, syaitan dan manusia yang berniat jahat.
Insya-Allah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.