≡ Menu

Enam Manfaat Kayu Manis. Ini Sebabnya Orang Tua Tua Masukkan Kayu Manis Dalam Masakan

TIDAK ramai mengetahui rahsia kayu manis yang berasal dari Caribbean, Amerika Selatan dan Asia Tenggara.

Rempah itu sudah digunakan sejak 2000 Sebelum Masihi pada zaman Mesir Kuno.

Kayu manis boleh didapati dalam bentuk kayu kering, serbuk dan penggunaannya sebagai minyak pati serta makanan tambahan.

Terdapat dua jenis kayu manis iaitu ‘cassia’ dan ‘ceylon’, kedua-duanya mempunyai khasiat berbeza.

Beberapa kajian menunjukkan sebatian dalam kayu manis mempunyai ciri-ciri antioksida, antikeradangan, antidiabetik dan antimikrob yang boleh memberikan perlindungan daripada penyakit barah serta kardiovaskular.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Saintis menemui beberapa bukti kemungkinan manfaat kayu manis ini terhadap kesihatan.

i. Memulihkan jangkitan kulat

Minyak kayu manis boleh membantu merawat beberapa jenis jangkitan kulat.

Kajian makmal pada 2016 mendapati minyak kayu manis berkesan menghalang jangkitan ‘fungus candida’ yang boleh menjejaskan aliran darah.

Ini berkemungkinan ciri antimikroba pada rempah berkenaan.

ii. Mempengaruhi paras gula dalam darah

Kajian terhadap haiwan menunjukkan kayu manis cassia dapat menurunkan paras gula dalam darah.

Ia turut mendedahkan 60 pesakit kencing manis yang mengambil enam gram (g) kayu manis setiap hari di antara 40 hari hingga empat bulan, mempunyai tahap glukosa, trigliserid, kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan jumlah kolesterol yang rendah.

iii. Mencegah Alzheimer

Penyelidik mendapati ekstrak pada kulit kayu manis dipanggil CEppt mempunyai bahan yang boleh menghalang pertumbuhan gejala penyakit berkenaan.

Kajian terhadap haiwan yang menerima ekstrak kulit kayu manis menunjukkan penurunan ciri-ciri Alzheimer dan berlaku peningkatan kemampuan berfikir.

Bagaimanapun, tidak semestinya keseluruhan kayu manis ini sesuai digunakan bagi tujuan pencegahan penyakit Alzheimer.

iv. Melindungi daripada HIV

Pada 2000, kajian ekstrak tumbuhan perubatan India mendapati kayu manis boleh membantu melindungi daripada jangkitan HIV.

Keberkesanan itu terdapat pada pucuk dan buah kayu manis.

BACA:  Pantang Larang Orang Kena Santau

Dalam kajian makmal pada 2016, saintis mendapati ekstrak kayu manis mempunyai ciri-ciri anti-HIV.

Namun begitu, ia tidak bermaksud makanan yang mengandungi kayu manis boleh merawat atau mencegah HIV.

Tetapi ekstrak rempah itu boleh menjadi sebahagian daripada terapi jangkitan berkenaan.

v. Menurunkan kesan makanan tinggi lemak

Kajian penyelidik pada 2011 merumuskan diet yang tinggi ‘rempah antioksidan’ termasuk kayu manis boleh membantu mengurangkan tindak balas negatif tubuh kepada makanan tinggi lemak.

Ujian darah terhadap enam individu yang mengambil hidangan mengandungi 14 garam campuran rempah menunjukkan aktiviti antioksidan meningkat 13 peratus, tindak balas insulin menurun 21 peratus dan trigliserida juga menurun 31 peratus.

vi. Mencegah barah

Sebatian organik ‘cinnamaldehydes’ pada kayu manis berkemungkinan mempunyai ciri-ciri antitumor dan antibarah.

Kajian terhadap tikus yang mengidap barah menggunakan ekstrak kayu manis mendapati tahap tekanan oksidatif lebih rendah pada sel melanoma.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.