≡ Menu

Fashion Hijab Nampak Leher & Telinga!

Trend pakai tudung nampak leher, nampak anak rambut, nampak side burn, cuping telinga, anak telinga, mak telinga bagai ni, semua datang dari mana?

Tau la sekarang tudung mahal, tapi jangan la kedekut kain tu sangat. Tak baik kedekut, nanti rezeki sempit. Huhu.

Nak berfesyen pun, ikutlah syariat Islam.

Tutup la semua tu. Kan kita dah belajar dalam pendidikan Islam masa sekolah menengah yang semua tu aurat. Kita belajar bukan untuk exam je, tapi untuk amalkan. Kalau baca al Quran pun, Allah dah sebut dengan detail dalam surah An Nur ayat 31.

Kita nak apa lagi sebenarnya?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kita tutup aurat untuk cari redha Allah. Bukan untuk mencari publisiti manusia. Moga Allah bagi kekuatan untuk tinggalkan jahiliah moden tu.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya” (Surah An-Nur : Ayat 31)

Berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa Islam adalah agama yang mementingkan keselamatan harta benda dan jiwa raga. Islam telah menggariskan beberapa panduan khususnya pada wanita supaya menjaga aurat daripada tercebur ke lembah perzinaan demi untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup mereka di dunia dan akhirat.

Berikut adalah kesilapan dan salah faham segelintir wanita zaman sekarang mengenai arahan Allah S.W.T supaya menutup aurat. Moga ia menjadi renungan dan iktibar buat kita semua.

  • Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  • Bertudung tetapi mengenakan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
  • Bertudung tetapi baju kebarung/kebayanya terbelah di bahagian tengah.
  • Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk tubuh.
  • Bertudung tetapi amat longgar tudungnya sehingga sengaja menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
  • Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tanggalkan tudung bila di pasar raya.
  • Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah belahan dadanya dari ditutupi oleh kain tudung.
  • Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
BACA:  Selawat Mujiyyat. Apakah Hukum Mengamalkannya?

#ShukeryAzizan
#AkuBukanMalaikat2
#Obligasi

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.