≡ Menu

Gadis Itali Ini Peluk Islam Lepas Dengar Bacaan Al-Quran, Pilih ‘Abang Kerani’ UMT Jadi Pasangan Hidup


Tidak dinafikan melihat pasangan romantik diluar sana pastinya menimbulkan rasa ‘teruja’ untuk berkahwin terutamanya bagi golongan bujang. Tidak dinafikan bagi mereka yang sedang hangat bercinta, pastikan ingin melangsungkan pernikahan.

Sudah tentu jodoh itu rahsia dari Allah. Siapa kita nak halang. Tambah-tambah lagi apabila pasangan tersebut keluarga baru dalam Islam. Indah sungguh rancangan dan ketentuan Allah untuk kita.

Seperti perkongsian daripada Portal Media Kreatif UMT, sepasang pengantin baru baru sahaja diijab kabul pada 14 Februari lepas. Apa yang menarik perhatian ramai, pengantin perempuan adalah seorang muallaf dari Itali.

BACA:  Tips Dan Petua Mencari Suami Yang Soleh. Insya'Allah Para Wanita Boleh Guna Tips Ini

Sedikit perkongsian Gambar Majlis Akad Nikah Khalies dan Giovanna yang berlangsung di Masjid Pusat Islam Sultan Mahmud UMT.

Rentetan daripada majlis ini Giovanna Khadija wolswijK (25 tahun) yang berasal dari ITALI telah memeluk Islam pada 18 JUNE 2019 dan majlis Syahadah itu berlangsung di Masjid Pusat Islam Sultan Mahmud UMT.Beliau adalah penganut asal atheist, tertarik dengan Islam setelah sering mendengar alunan al Quran dari pembesar suara masjid UMT.

Beliau adalah pelajar Master di Institut Oseanografi dan Sekitaran UMT dan sekarang bekerja sebagai Pembantu Penyelidik (research assistant) INOS.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Beliau telah memilih pasangan hidupnya Mohamad Khalies bin Hami Hamzah seorang staff UMT yang bekerja sebagai pembantu tadbir(perkeranian&operasi) di Pusat Pengurusan Akademik & Kualiti UMT.

BACA:  Hilang Deria Rasa Dan Bau, Badan Lesu Adalah Simptom Simptom Covid-19

Menerusi perkongsian gambar tersebut, pasangan pengantin ini disambut baik oleh kedua-dua keluarga mereka.

Kami mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada mereka semoga berbahagia ke akhir hayat.

Sumber: Media Kreatif UMT

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.