Ramai orang salah faham tentang isu gaji halal atau tak halal ni.. Ada yang ingat bahawa nak bekerja ni, cukuplah dapat gaji halal..
Walaupun tak solat,
walaupun curi tulang,
walaupun buat kerja sambil lewa,
dan sebagainya..
Kita kena ingat.. Kita bekerja bukan semata-mata nak cari gaji yang halal saja, tetapi kita juga kena cari gaji yang TOYYIB (baik)!
Halal dan toyyib (baik). Allah dah sebut dalam al Quran tentang perkara ni..
Kesan gaji haram adalah BERDOSA BESAR..
Kesan gaji yang halal tapi tak baik adalah HILANG BERKAT.
Gaji halal belum tentu berkat..
Gaji haram sudah pasti takkan berkat.
Apa contoh kerja halal tapi gaji tak berkat?
- Korang bekerja di syarikat yang baik, tetapi korang banyak kali curi tulang masa bekerja..
- Korang bekerja di syarikat yang bagus, tapi korang selalu buat kerja sambil lewa je..
- Korang bekerja di syarikat yang halal, tetapi korang selalu datang kerja lambat lepas tu minta orang punch card korang supaya dalam card tu selalu tulis korang datang kerja on time..
- Korang bekerja di syarikat yang patuh syariah, tetapi korang dapat kerja tu HASIL daripada meniru waktu peperiksaan yang menyebabkan korang dapat exam cemerlang gila gaban. tapi korang cemerlang tu sebab meniru je 90% daripadanya.. Dan akhirnya dapat kerja daripada meniru tu.. gila ah..
- Korang bekerja di syarikat yang jaga halal, tetapi korang TAK SOLAT sebab fokus sangat kerja, TAK BAYAR ZAKAT, dan sebagainya.
dan macam2 lagi yang korang sendiri boleh fikir..
Apa KESAN gaji halal tapi TAK BERKAT?
- Korang ibadah rasa malas je.. Malah solat pun banyak kali tinggal..
- Korang kalau ada anak2, anak2 korang mungkin akan degil, keras kepala, nakal jahat, dan sebagainya..
- Korang mungkin akan berhadapan banyak masalah seperti kereta hilang tayar, rumah terbakar, wallet kena rompak, dan sebagainya..
- Gaji korang mungkin akan statik macam tu je la sampai korang pencen.. Ataupun kalau naik gaji pun, duit gaji tu asyik habis pada benda yang tak sepatutnya. Contohnya kena bayar kos hospital sebab kemalangan jatuh parit sampai tulang sulbi patah, korang kena bayar kos kenderaan sebab eksiden langgar lembu gila sewel, dan sebagainya..
- Hidup korang asyik tak cukup je kejanya walaupun gaji berpuluh2 ribu.. Ini tak cukup, itu tak cukup..
Dan banyak lagi kesan korang boleh nampak..
Yang mana kesannya boleh jadi ia ujian,
tetapi boleh jadi ia adalah KESAN GAJI TAK BERKAT.
So apa kena buat?
BERTAUBATLAH SUNGGUH2.. Serius. .taubatlah sungguh2.. minta ampun pada Allah.. hari ni hari Jumaat.. moga Allah ampunkan kita semua..
Oh ya..
dalam buku Bedtime Stories Sentap pun saya ada sentuh pasal perkara ni..
korang beli dan bacalah.. moga ada manfaat..