≡ Menu

Galakkan Makan Ikan Kerana Ia Membantu Perkembangan Otak

Ibu bapa galakkan anak makan ikan. Ia sangat bagus untuk perkembangan sistem saraf dan sel otak. Ikan merupakan sumber makanan yang mengandungi banyak nutrien penting untuk tubuh seperti protein, asid amino, omega-3, methionine, tyrosine, lysine, tryptophan, dan sebagainya.

Ibu Bapa Galakkan Anak Makan Ikan

Protein yang terkandung dalam ikan sangat mudah untuk dicerna berbanding dengan yang ada dalam daging. Ikan mengandungi beberapa jenis bahan-bahan lemak seperti lipid yang merupakan asid lemak tak tepu. Asid lemak ini adalah baik untuk tubuh dan mengelakkan lemak dalam darah, yang menjurus kepada obesiti.

Sesetengah ikan mengandungi banyak vitamin, seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin B12, dan vitamin D. Ikan juga mengandungi pelbagai mineral, terutamanya kalsium. Malahan, kandungan kalsium dalam ikan adalah lebih tinggi berbanding daging.

BACA:  Memang Patutlah Air Kelapa Diakatakan Penawar Bagi Kebanyakan Penyakit.

Salah satu bahan baik untuk tubuh ialah DHA dalam ikan. DHA memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan sistem saraf dan sel otak.

Bagus Untuk Perkembangan Sistem Saraf & Sel Otak

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Phosphatide dalam ikan terlibat secara aktif dalam metabolisme kolesterol, mencegah pengumpulan kolesterol dalam darah, membantu membuang kolesterol yang tidak baik daripada tubuh, mencegah obesiti, dan melindungi sistem kardiovaskular. Kandungan ini juga boleh menghalang pelbagai jenis kanser.

Secara ringkasnya, ikan adalah amat penting.

Berikut adalah beberapa jenis ikan yang selamat dan baik untuk anak anda termasuklah:

-Salmon (Atlantic, Chinook, Coho, Pink, Sockeye)
-Tilapia
-Pollock (Atlantic & Walleye)
-Flounder
-Haddock
-Ikan keli
-Kerang
-Tiram
-Udang
-Kerang scallops

DUA jenis ikan yang terbaik untuk kanak-kanak:

Salmon

Salmon ialah ikan yang kaya dengan asid lemak tak tepu yang boleh merangsang perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan vitamin A, B, D, E, dan kalsium, zat besi, zink, magnesium, fosforus dan mineral lain. Isi salmon adalah lembut dan licin, jadi kanak-kanak akan menggemarinya. Ikan ini juga baik untuk kecerdasan kanak-kanak.

Tuna

Tuna mengandungi asid omega-3 yang baik untuk mencegah degenerasi makular, iaitu keadaan yang mengehadkan penglihatan mata, dan secara perlahan-lahan membawa kepada buta.

Informasi di atas tentang ikan boleh membantu anda mengetahui lebih lanjut khasiat dan sebab perlu makan ikan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.