≡ Menu

Gandakan Amalan Kita Pada 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Pada tahun ini umat Islam seluruh dunia berpeluang menunaikan ibadah haji selepas dua tahun ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.

Kelebihan dan keistimewaan beribadah turut diberikan kepada umat Islam yang tidak berpeluang menunaikan haji pada tahun iaitu dengan beramal pada Zulhijjah dengan pelbagai kelebihan dalam bulan ini khususnya mulai 1 sehingga 10 Zulhijjah.

Ramadan dikenali dengan kelebihan 10 malam terakhirnya, manakala Zulhijjah pula dikenali dengan kelebihan menggandakan amalan pada 10 hari awalnya.

Keistimewaan amalan pada bulan ini selari dengan firman Allah SWT bermaksud: “…dan malam yang 10 (mempunyai kelebihan di sisi Allah),” (Surah al-Fajr, ayat 2).

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.