≡ Menu

Ganjaran Bagi Orang Yang Istiqamah Memperbaiki Dirinya

فَٱسۡتَقِمۡ كَمَاۤ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡا۟ۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِیرࣱ

“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan” [Surah Hud 112]

Sambung bicara tentang keutamaan besar yang akan diraih oleh orang-orang yang istiqamah.

Firman Allah swt:

إِنَّ ٱلَّذِینَ قَالُوا۟ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَـٰمُوا۟ تَتَنَزَّلُ عَلَیۡهِمُ ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةُ أَلَّا تَخَافُوا۟ وَلَا تَحۡزَنُوا۟ وَأَبۡشِرُوا۟ بِٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِی كُنتُمۡ تُوعَدُونَ

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu” [Surah Fussilat 30]

BACA:  Cara Meraikan Dan Menghargai Ibu Bapa. Gunakan Kesempatan Selagi Kita Ada Masa Dengan Mereka

Terdapat tiga pendapat di kalangan ahli tafsir berkaitan maksud istiqamah di sini:

1. Istiqamah di atas tauhid,

2. Istiqamah dalam ketaatan dan menunaikan kewajiban Allah

3. Istiqamah di atas ikhlas dan dalam beramal hingga maut menjemput. (Lihat: Zaad Al-Masiir karya Imam Ibnul Jauzi)

Ayat diatas menjelaskan bahawa orang yang istiqamah akan beroleh beberapa keutamaan, iaitu:

1. Malaikat menghampirinya ketika menghadapi kematian.

2. Malaikat berkata kepadanya, jangan takut dan khuatir dengan perkara akhirat

3. Malaikat berkata kepadanya lagi, jangan bersedih dengan perkara dunia yang ditinggalkan, iaitu anak, keluarga, dan harta, serta hutang, Allah akan menggantinya.

4. Malaikat memberitahu kepadanya bahawa dia akan mendapat kebaikan, iaitu balasan syurga. (Lihat: Tafsir al-Quran Al-‘Azhim)

Ini menunjukkan bahawa balasan dan ganjaran mereka yang istiqamah ialah beroleh sebaik-baik kematian dan juga balasan syurga.

BACA:  Wajah Penghina Nabi Berpaling Dari Arah Kiblat. Nauzubillah

Hal ini dikuatkan lagi dengan firman Allah swt di dalam surah al-Ahqaf:

إِنَّ ٱلَّذِینَ قَالُوا۟ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَـٰمُوا۟ فَلَا خَوۡفٌ عَلَیۡهِمۡ وَلَا هُمۡ یَحۡزَنُونَ *

“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh (istiqamah) di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”.

أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَنَّةِ خَـٰلِدِینَ فِیهَا جَزَاۤءَۢ بِمَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ *

.

“Merekalah ahli Syurga, tetap kekalah mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan” [Surah al-Ahqaf 13-14]

Ingatlah, istiqamah itu dituntut sampai mati. Dan balasan yang menunggu insan yang istiqamah ialah syurga yang teristimewa. Moga istiqamah, InsyaAllah. Aamiiin

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.