≡ Menu

Ganjaran Syurga Bagi Mereka Yang Bersedeqah Ikhlas Kerana Allah. Hadis Ada Menyebutnya

Ganjaran Syurga Bagi Mereka Yang Bersedeqah

كُلُوا۟ وَٱشۡرَبُوا۟ هَنِیۤـَٔۢا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ

(Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): “Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan” [Surah al-Mursalat 43]

Allah swt menceritakan mengenai nikmat yang dikecapi oleh orang yang bertaqwa tatkala mereka berada di dalam Syurga. Mereka beroleh kelazatan makanan dan minuman yang tidak terhingga dan paling teristimewa. Semua ini dikecapi disebabkan ketaatan dan kebaikan yang dilakukan didunia dahulu.

Berkata Imam al-Muzani rahimahullah: “Di syurga ada berbagai makanan, buah-buahan dan minuman, akan terus ada dan tidak ada habisnya, juga tidak fana. Begitu pula naungannya tidak fana dan tidak dihapus”.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Daripada Sayidina Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, Nabi saw bersabda:

أَيُّمَا مُسْلِمٍ كَسَا مُسْلِمًا ثَوْبًا عَلَى عُرْىٍ كَسَاهُ اللَّهُ مِنْ خُضْرِ الْجَنَّةِ وَأَيُّمَا مُسْلِمٍ أَطْعَمَ مُسْلِمًا عَلَى جُوعٍ أَطْعَمَهُ اللَّهُ مِنْ ثِمَارِ الْجَنَّةِ وَأَيُّمَا مُسْلِمٍ سَقَى مُسْلِمًا عَلَى ظَمَإٍ سَقَاهُ اللَّهُ مِنَ الرَّحِيقِ الْمَخْتُومِ

BACA:  Yang Mana Afdhal, Membaca Surah Pendek Atau Surah Panjang Selepas Al Fatihah

“Mana-mana Muslim yang memberi pakaian kepada orang Islam lain yang tidak memiliki pakaian, nescaya Allah swt akan memberinya pakaian dari pakaian hijau syurga. Mana-mana Muslim yang memberi makan kepada orang Islam yang kelaparan, nescaya Allah swt akan memberinya makanan dari buah-buahan di syurga. Dan mana-mana Muslim yang memberi minum kepada orang yang kehausan, nescaya Allah akan memberinya minuman ar-Rahiq al-Makhtum (khamar yang lazat)” (HR Abu Daud dan at-Tirmizi)

Dalam riwayat lain: “Orang yang gemar memberi makanan kepada orang lain disediakan baginya pintu khusus dalam syurga yang tidak ada yang boleh memasukinya selain dirinya dan yang sama dengannya” (HR at-Thabrani)

Oleh yang demikian, banyakkanlah memberi makan dan minum kepada orang yang memerlukan agar kita beroleh minuman syurga yang terlazat.

BACA:  Kalau Terjaga Solatnya, Maka Kukuhlah Hubungan Sesama Keluarganya

Dalam riwayat yang lain menyebut bahawa sedekah yang melibatkan air adalah sedekah yang afdhal dan bermanfaat untuk ganjaran akhirat.

Daripada Sayidina Sa’ad bin ‘Ubadah r.a berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمَّ سَعْدٍ مَاتَتْ فَأَىُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ: الْمَاءُ. قَالَ فَحَفَرَ بِئْرًا وَقَالَ هَذِهِ لأُمِّ سَعْدٍ

“Wahai Rasulullah, bahawasanya Ummu Sa’ad (ibundaku) meninggal dunia. Sedekah apakah yang afdal untuknya?” Nabi saw menjawab: “Sedekah air.” Lantas Sayidina Sa’ad pun menggali perigi untuk (sedekah atas nama) ibunya, lalu ia mengatakan: “Ini perigi untuk Ummu Sa’ad (ibundaku)” (HR Abu Daud)

Lakukanlah ketaatan, amal soleh, banyakkan bersedekah, jamulah makan kepada orang yang lapar dan berilah minuman kepada mereka yang dahaga, semoga kita beroleh ganjaran nikmat makanan dan minuman Syurga seenak-enaknya. Aamiiin

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.