≡ Menu

Gempa Bumi Kuat Gegar Pulau Bali, Dilaporkan Ada Kematian

Kawasan berpantai Jawa dan Pulau Bali di Indonesia digegarkan gempa bumi dengan kekuatan 6.0 magnitud dengan sekurang-kurangnya tiga kematian dilaporkan berlaku, lapor media antarabangsa.

Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Pengarah Badan Nasional Penanggulangan Bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho berkata, kematian dilaporkan berlaku di daerah Sumenep, wilayah Timur Jawa dalam bencana yang dilaporkan berlaku pada Selasa itu.

”Gempa berkenaan berlaku pada awal pagi Selasa, ketika penduduk masih lagi tidur. Disebabkan itu, ada mangsa-mangsa yang tidak sempat melarikan diri,” katanya yang turut menambah bahawa kawasan kerosakkan akibat bencana kali ini adalah kecil.

”Yang pasti, gempa kali ini tidak mengaktifkan kejadian tsunami,” kata Ketua agensi Geografi Indonesia pula, Dwikorita Karnawati

 

Pusat gempa bumi berkenaan dilaporkan berada di Laut Bali kira-kira 40 kilometer Timur Jawa. Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Pusat Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) gegaran berkenaan turut dirasai sehingga ke wilayah Denpasar, Pulau Bali.

Gempa berkenaan juga dilaporkan berlaku pada kedalalaman yang cetek iatu kira-kira 10 kilometer. Kedalaman yang cetek seringkali menghasilkan kerosakkan yang besar.

Dilaporkan persidangan Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia ketika ini sedang berlangsung di Pulau Bali. Organisasi berkenaan melaporkan bencana berkenaan tidak meninggalkan sebarang kerosakkan yang signifikan.

Dalam pada itu, gempa bumi juga dilaporkan berlaku di wilayah Papua New Guinea kira-kira 2 jam kemudian, dimana amaran tsunami yang dikeluarkan sudahpun ditarik balik.

Gempa Bali hadir ketika indonesia dan bantuan daripada negara luar sedang bertungkus lumus untuk memberikan rawatan kepada mangsa yang terjejas dalam bencana di Palu, Sulawesi 28 September lalu yang sehingga kini sudahpun meragut nyawa melebihi 2000 orang.

Kerajaan Indonesia dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya memerlukan bantuan seperti khemah, alat penapis air, generator dan jentera daripada negara-negara luar. Dianggarkan ribuan mangsa lagi masih ditemui dikhuatiri tenggelam dalam lumpur akibat kejadian likuifaksi tanah yang berlaku di beberapa buah kampung di Palu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.