≡ Menu

Gempa Bumi Tanda Tanda Akhir Zaman Sudah Mendekati Kita

BARU-BARU ini bencana alam yang amat dahsyat menimpa penduduk di selatan Turkiye.

Antara kawasan yang terkesan adalah di Sanliurfa, Gaziantep, Kahramanmaras, Malatya dan Osmaniye.

Selain itu, bencana juga turut menimpa utara Syria, seperti di Aleppo.

Bencana alam itu merupakan gempa bumi yang sangat buruk berukuran pada skala 7.8 magnitud.

Menurut laporan CNN, ia merupakan gempa yang terburuk dalam sejarah Turkiye sejak 1939.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tidak dinafikan daripada segi ilmu geologi, fenomena gempa bumi terhasil apabila wujudnya pergerakan plat tektonik di dasar bumi.

Namun di sebalik kejadian ini, manusia sejagat seharusnya mengambil iktibar dan menyedari bahawa ia merupakan tanda kekuasaan dan keagungan Allah SWT.

Direkodkan dalam hadis bahawa Rasulullah SAW mengkhabarkan keadaan gempa yang kerap berlaku apabila tiba hari kiamat.

Sabda Rasulullah SAW: Bermaksud: “Tidak akan tiba hari kiamat hingga… banyak terjadi gempa bumi.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 6704)

Tambahan lagi, fenomena bencana alam ini juga turut menunjukkan kekuasaan Allah SWT dalam menyedarkan manusia agar mereka kembali kepada Allah SWT.

Hal ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan biasanya Kami tidak menghantar turun mukjizat-mukjizat itu melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman),” [Surah al-Isra’, ayat 59]

Ia juga turut disebutkan oleh Imam Ibn Qayyim: “Allah SWT terkadang mengizinkan bumi untuk bernafas maka terjadilah gempa bumi yang dahsyat, sehingga hamba-hamba Allah ketakutan dan mahu kembali kepada-Nya, meninggalkan kemaksiatan dan merendahkan diri kepada Allah serta menyesal.” [Miftah Dar al-Sa’adah, jilid 2, halaman 630]

BACA:  "Gurau Je, Hati Tisu Betullah Kau Ni". Bergurau Pun Ada Batasnya

Oleh itu, dalam menghadapi situasi bencana seperti ini perkara yang perlu dilakukan adalah:

Bertaubat kepada Allah daripada segala dosa dan kemaksiatan.

Membantu mangsa bencana yang mana mereka dalam kesusahan. Bantuan ini berupa barang keperluan mahupun wang ringgit.

Berdoa memohon perlindungan daripada Allah SWT agar selamat daripada segala bencana alam yang menimpa.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.