≡ Menu

Geram Tanaman Diserang Makhluk Perosak? Guna Satu Saja Bahan Ini. Mudah Sahaja

Penggunaan racun makhluk perosak merupakan racun berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan manusia dan alam sekitar. Racun makhluk perosak menjejaskan kesihatan manusia melalui kesan akut, kronik atau kedua-duanya sekali. Kesan kronik boleh merupakan kesan yang lambat daripada pendedahan individu, atau hasil daripada pendedahan paras rendah yang berulangan yang mana kesannya akan memakan masa.

Oleh itu,majalah ilmu nak kongsikan sedikit ilmu baharu untuk di kongsikan kepada para pembaca. Bagaimana tanpa menggunakan racun kimia bahaya, Semburan Air Bunga Cengkih mampu memulihkan sayuran hijau anda dari terkena serangan serangga perosak.

BACA:  Kalau Datangkan Mudharat, Elak Bersahabat Dengan Golongan Transgender. Ustaz Ini Jelaskan Sebabnya!

Penat menanam, malah sayur juga sudah bercambah tiba-tiba kena serangan serangan perosak. Memang frust dibuatnya.

Tapi jangan susah hati ada cara mudah nak pulihkan tanam sayur yang terkena serangga perosak atau kutu daun.

Pile Cloves On Wood Background

Tahukah anda bahawa bunga cengkih boleh dijadikan sebagai bahan untuk mengawal serangga perosak di laman anda? Bagi anda yang memilih tanaman secara organik, bunga cengkih antara pilihan racun serangga yang paling mudah untuk disediakan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Boleh cuba cara yang dikongsi oleh Nor Anna yang berjaya pulihkan bayam Brazil yang rosak akibat diserang serangan perosak.

Pada awalnya tanaman hidup subur tapi dalam masa 2 hari daunnya habis dimakan oleh serangga kecil itu.

Tapi daun bayam yang rosak itu kembali pulih selepas mengamalkan air semburan bunga cengkih.

BAHAN-BAHAN:

1 sudu kecil bunga cengkih
1 liter air

Cara buat air semburan bunga cengkih

Ambil satu sudu besar cengkih. Rebus dalam seliter air paip. Saya guna air tapis.
Selepas sejuk masukkan dalam botol spray. Spray setiap hari pagi dan petang.
Sembur saja tak perlu cabut daun-daun yang rosak, supaya nanti kita akan dapat lihat perbezaannya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.