≡ Menu

Golongan Ini Dikunci Hatinya Oleh Allah Daripada Menerima Kebenaran Dan Petunjuk Hidayah

كَذَ ٰ⁠لِكَ یَطۡبَعُ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِ ٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَ

“Demikianlah Allah mengunci hati orang-orang yang tidak mahu menerima jalan mengetahui (kebenaran)” [Surah ar-Rum 59]

#Allah swt menyatakan bahawa kesudahan bagi golongan yang menolak kebenaran mereka akan terus hidup dalam kesesatan dan kegelapan dosa. Hati mereka dikunci oleh Allah swt. Hati mereka diselimuti oleh selain Allah iaitu diselimuti oleh hawa nafsu dan kesenangan duniawi. Hidup dalam kelalaian dan sentiasa menentang kebenaran dan kebaikan dengan pelbagai alasan.

#Hati mereka terhijab. Melihat kesesatan sebagai kebenaran bahkan mempertahankan kesesatan tersebut. Mereka juga akan mempertahankan kepercayaan mereka yang sesat itu dengan bersungguh-sungguh. Firman Allah swt:

وَقَالُوا۟ قُلُوبُنَا فِیۤ أَكِنَّةࣲ مِّمَّا تَدۡعُونَاۤ إِلَیۡهِ وَفِیۤ ءَاذَانِنَا وَقۡرࣱ وَمِنۢ بَیۡنِنَا وَبَیۡنِكَ حِجَابࣱ فَٱعۡمَلۡ إِنَّنَا عَـٰمِلُونَ

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dan mereka berkata: “Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah engkau (untuk ugamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)! ” [Surah Fussilat 5]

#Selain dikunci hati mereka, Allah swt mengancam mereka dengan ancaman azab yang dahsyat.

خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ وَعَلَىٰ سَمۡعِهِمۡۖ وَعَلَىٰۤ أَبۡصَـٰرِهِمۡ غِشَـٰوَةࣱۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِیمࣱ

“(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mengunci hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar”
[Surah al-Baqarah 7]

♡Jangan sesekali menolak dan menentang kebenaran, padahnya dikunci hati menyebabkan selamanya dalam kesesatan dan kederhakaan. Berwaspadalah!!♡

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.