≡ Menu

Guna Berus Gigi Sampai Kembang, Ini Bahaya Kalau Tak Tukar Berus Gigi

Rasa-rasanya ramai juga yang tak tahu setiap tiga bulan sekali, kamu perlu tukar berus gigi. Memakai berus gigi terlalu lama tak bagus untuk kebersihan dan kesihatan gigi.

Ini beberapa sebab kamu perlu menukar berus gigi setiap tiga bulan sekali.

Boleh Menjejaskan Kesihatan

Menggunakan berus gigi lebih dari tiga bulan boleh menyebabkan berus gigi berkulat, hitam dan tidak bersih. Lalu menyebabkan kesihatan terjejas tatkala memberus gigi menggunakan berus gigi tersebut.

Antara penyakit yang boleh didapati adalah deman, batuk-batuk, selsema, jangkitan mulut dan kulat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Berus Gigi Tempat Pembiakan Kuman

Kuman cukup suka membiak di berus gigi, kerana kelembapannya yang sentiasa berair membuatkan kuman mudah berkembang-biak di berus gigi tersebut.

Boleh Menyebabkan Luka

BACA:  Kita Tidak Menghukum, Tetapi Ingatlah Apa Yang Terjadi Pada Kaum Nabi Lut. Nauzubillah

Kadang-kala kamu tak sedar pun yang berus gigi tersebut dah rosak, bulu berus gigi menjadi terlalu kembang hingga menyebabkan gigi dan sekitar gusi luka.

Sebab itu berus gigi harus ditukar yang baru selang tiga bulan sekali, bagi mengelakkan berlakunya kecederaan dalam mulut.

Elak Letak Berus Gigi Di Tempat Lembab

Berus gigi bukan saja perlu di tukar setiap tiga bulan sekali, malah ia juga perlu diletakkan di tempat yang kering dan bukannya di tempat yang lembab.

Dengan meletakkan berus gigi di kawasan yang kering, kuman dan bakteria tidak mudah untuk membiak. Selain itu, bekas meletak berus gigi (seperti cawan atau balang) juga haruslah bersih dan kering supaya kuman tidak membiak di situ.

Elakkan meletak berus gigi dan bekas penyimpan berus gigi di dalam bilik air atau atas sinki, untuk mengelakkan pembiakan bakteria dan kuman.

BACA:  Sekali Pandang Macam Berbentuk Salib, Rupanya Awan Berbentuk Pedang Kelihatan Di Tumpat, Kelantan

Ikuti Saran Public Health Malaysia

Di laman Facebook Public Health Malaysia sendiri, juga ada berkongsi mengenai hal ini dan berus gigi sememangnya perlu ditukar setiap tiga bulan sekali bagi mengelakan berlakunya pembiakan kuman, berus jadi haus dan rosak.

Selain itu, Public Health Malaysia juga menyarankan agar berus yang digunapakai tidak berkongsi, perlu memakai sarung berus gigi jika ada dan bersihkan berus gigi menggunakan air selepas guna.

Jadi selepas ini, setiap tiga bulan sekali kamu perlu menukar berus gigi dan jangan guna lebih dari tiga bulan. Seeloknya beli berus gigi lebih sedikit untuk dijadikan sebagai stok simpanan di rumah dan menukar bila cukup masanya nanti.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.