
“Beras pulut pun boleh juga untuk mencantikkan muka juga ke? Ingatkan beras biasa saja yang boleh digunakan untuk mendapatkan kulit idaman.”
Untuk pengetahuan semua, sesetengah wanita dari negara Asia menggunakan beras pulut bagi mencantikkan kulit wajah mereka secara semula jadi dan ianya berkesan pada kulit mereka sendiri.
Nak tahu bagaimanakah penggunaan beras pulut dijadikan sebagai bahan mencantikkan kulit wajah, ikuti beberapa tips pilihan di bawah.
Lulur Beras Pulut
Beras pulut sesuai dijadikan sebagai lulur bagi yang inginkan kulit badan dan muka cantik, berseri, dan menanggalkan sel kulit mati dengan pantas dan berkesan.
Caranya:
- Ambil satu cawan beras pulut.
- Basuh bersih beras pulut dan rendam seketika selama 1-2 minit.
- Toskan beras pulut dan tumbuk kasar beras pulut selama 2-3 minit.
- Lulur beras pulut dah sedia untuk digunakan.
- Sapu lulur pada muka dan badan selama 10-15 minit.
- Kemudian bilas dengan air bersih, lakukan lulur ini 2-3 kali seminggu bagi mendapatkan kulit idaman.
Masker Muka
Beras pulut juga sangat bagus digunakan sebagai masker muka, ia dapat membuatkan kulit wajah putih berseri, ketat, tegang dan melawan tanda penuaan.
Caranya pertama:
- Ambil 5 sudu makan beras pulut, satu sudu makan lumpur kaolin (chinese clay), satu sudu makan serbuk rumpai laut, satu sudu makan serbuk teh hijau dan 6-7 sudu makan air santan kelapa.
- Blender bahan-bahan hingga jadi pes.
- Sapukan pada keseluruh kawasan muka dan biarkan selama 15-20 minit.
- Lakukan 2 kali seminggu dan kamu akan miliki kulit yang tegang, anjal, cerah dan lembut.

Cara kedua:
- Ambil 6 sudu teh tepung beras pulut dan 3 sudu teh susu kambing dan satu sudu madu, campur hingga sebati dan menjadi pes.
- Sapukan pada muka dan leher dan biarkan selama 20 minit.
- Bilas dengan air suam atau air biasa.
- Lakukan 2-3 kali seminggu dan kamu akan miliki kulit bebas kedutan, kurang jerawat dan kulit menjadi lembut dan licin.
Kebaikan Beras Pulut Pada Kulit
Beras pulut mengandungi banyak kebaikan pada kulit yang kita tak tahu, dan khasiat ini jika bijak diamalkan dapat membuatkan kulit cantik berseri dan sihat.
Antara kebaikan dan manfaat beras pulut pada kulit adalah:
- Merupakan anti-uv yang berkesan.
- Merupakan anti-pigmentasi dan membuatkan tona kulit sekata.
- Mencerahkan kulit.
- Kaya dengan vitamin E dan tinggi anti-oksidan.
- Membuatkan kulit anjal dan melindungi kulit dari perubahan persekitaran semasa.
Banyak betul manfaat menggunakan beras pulut ini, bagi wanita yang nak buat ramuan kecantikan DIY, kamu bolehlah mencuba tips kecantikan menggunakan beras pulut ini di rumah dan lihat hasilnya sendiri.
Selamat beramal!
