≡ Menu

Habbatus Sauda, Rebus Bersama Bahan Bahan Ini Dan Amalkannya Untuk Mengawal Berat Badan

 

Kehebatan Rendaman semalam habatussauda Berkesan Menurunkan Berat Badan

Salah satu sunnah yang biasa dirujuk oleh masyarakat Muslim apabila mengalami masalah kesihatan ialah sunnah berkaitan habbatus sauda’. Maksud hadis berkaitan habbatus sauda’ berbunyi:

“Pada habbatus sauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati (Sahih Bukhari, Kitab al-Tibb, hadis 5688; dan Sahih Muslim, Kitab al-Salam, hadis 2215).”

Tetapi tahukah anda Kehebatan Habatussauda Berkesan Menurunkan Berat Badan?

Perkongsian Daripada saudara Sumaiyah Abdullah,

Resepi ni cik su dapat dari sahabat kat seberang. Inshaallah berkesan katanya. Yang penting mudah dan selamat.

Bahan:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
  • 2 sudu besar habatussauda
  • 1 jug air
  • 1 sudu besar madu (sukatan untuk 1 cawan)
  • Sedikit perahan air limau nipis atau lemon.
BACA:  Punca Bayi Susah Tidur Malam, Tahu Urut Tapak Kaki Anak Pun Itu Cukup Membantu Lenakan Si Comel

Cara:

1- Rendam semalam habatussauda dalam periuk yang berisi air.

2- Esok paginya,rebus rendaman tadi dengan api sederhana kecil sehingga menggelegak.

3- Apabila air sudah bertukar warna, tutup api dan tudung periuk tadi sementara menunggu rebusan tadi sejuk.

4- Kemudian, tuang ke dalam cawan dan masukkan madu serta sedikit perahan limau nipis atau lemon.

5- Kacau rata, dan siap.

6- Sedia untuk diminum. Memang best

Amalkan sehari sekali sebelum sarapan.

Tambahan Perkongsian daripada majalah ilmu :

Ulama menghuraikan hadis beruhubung habbatus sauda’ dengan menyatakan bahawa terdapat banyak manfaat pada habbatus sauda’ yang mampu mengubati penyakit-penyakit. Kitab Fathul Bari oleh Ibn Hajar al-Asqalani, iaitu huraian kepada Sahih Bukhari menyebutkan beberapa kegunaan habbatus sauda’ sebagai penawar.

BACA:  Pantang! Jangan Makan Makanan Ini Sekiranya Buasir

Antaranya ialah apabila ia dihancurkan menjadi serbuk dan dibalut dengan kain, kemudian dihidu aromanya, boleh membantu orang yang mengalami selsema akibat cuaca sejuk. Selain itu, turut disebutkan bahawa sekiranya habbatus sauda’ dimasak bersama-sama cuka, kemudian digunakan untuk berkumur, ia dapat membantu melegakan sakit gigi.

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.