≡ Menu

Hadis Ini Menerangkan Siapa Manusia Yang Paling Lemah.

Selalu kita dengar definisi orang yang lemah adalah orang tidak mampu melakukan pekerjaan yang berat. Namun, kali ini apa kata kita melihat definisi manusia yang lemah dari sudut ibadah.

Ada sebuah riwayat daripada Abu Hurairah RA, Baginda SAW bersabda:

أعجَزُ النَّاسِ من عجزَ عَنِ الدُّعاءِ ، و أبخَلُ النَّاسِ من بخِلَ بالسَّلامِ

Maksud: “Manusia yang paling lemah adalah orang yang paling malas berdoa (kepada Allah). Dan orang yang paling bakhil (kedekut) adalah orang yang bakhil dalam memberi salam.” (HR Imam Suyuthi, no. 1140)

Melalui hadis yang dinyatakan di atas, Baginda SAW menyebut bahawa orang yang paling malas adalah orang yang tidak mahu berdoa kepada Allah.

Sedangkan, berdoa itu mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Anda tidak perlu menunggu selepas selesai solat untuk berdoa, bahkan ia tidak terikat pada waktu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Namun, amat rugi buat manusia yang mensia-siakan peluang untuk berdoa kepada Allah pada masa hayatnya.

BACA:  Hukum Percikan Air Kencing

Kerana melalui doalah, manusia akan dikurniakan kebaikan dan semakin dekat dengan rahmat Allah. Dan Alah jua yang memerintahkan manusia untuk berdoa kepadaNya melalui kalamNya yang bermaksud:

Mafhum: “Dan tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepadaKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir, 40:60)

Bukti Kelembutan Allah Kepada HambaNya

Syeikh As-Sa’di RA berkata, ia adalah bukti bahawa Allah itu Maha Lembut dan Penyayang kepada hamba-hambaNya dengan memberi peluang kepada kita untuk berbicara denganNya menerusi doa.

BACA:  Mimpi Jatuh Dari Tempat Tinggi. Kadang- Kadang Tu Boleh Tersentak Dari Tidur

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهَا

Maksud: “Tidaklah seorang muslim yang berdoa dengan doa yang tidak mengandungi dosa dan tidak untuk memutus tali kekeluargaan, kecuali Allah akan memberinya tiga kemungkinan; doanya akan segera dikabulkan atau ditunda sehingga ke hari akhirat atau akan dijauhkan dengan perkara buruk.” (HR Ahmad, no. 10709)

Justeru, jangan sia-siakan peluang untuk berdoa kepada Allah dan semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang lemah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.