
Tidak lama lagi semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan Aidiladha atau Hari Raya Korban. Pastinya yang paling ditunggu-tunggu pada tarikh 10 Zulhijjah dalam kalendar Islam ini adalah perlaksanaan ibadah korban yang sangat dituntut dalam Islam.
Namun begitu, ianya bukan semudah memilih haiwan ternakan di ladang kerana terdapat beberapa syarat sah penyembelihan binatang yang perlu diambil kira.
Haiwan ternakan yang dibolehkan dan mencapai tahap minimum umur berikut:
1) Unta (berumur lima tahun masuk tahun keenam)
2) Lembu/kerbau/kambing (berumur dua tahun masuk tahun ketiga)
3) Biri-biri/kibas (berumur satu tahun masuk tahun kedua, ataupun telah bersalin gigi hadapan)
Nota: Dibolehkan sama ada jantan ataupun betina, sama ada baka ataupun dikasi.
Haiwan yang tidak sah atau tidak boleh dijadikan ibadah korban:
2) Binatang yang tidak sihat, mempunyai penyakit atau kecacatan seperti kaki tempang, buta, telinga koyak, tanduk patah, cedera pada tubuh badan, kurus sehingga tidak mempunyai lemak, atau kecacatan yang lain.

Rugi andai kata kaum muslimin yang berkemampuan tidak merebut peluang yang terbuka luas di depan mata untuk mendapatkan ganjaran dan fadhilat dalam melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.
Ditambah dengan keadaan pandemik yang menyebabkan ramai terkesan, ini lah masanya untuk membantu mereka yang memerlukan dengan pengagihan daging korban selain menzahirkan tanda kesyukuran dalam diri atas pelbagai nikmat kurniaan Ilahi.
Walau bagaimanapun, timbul keresahan berikutan ibadah korban pada tahun ini diadakan dalam waktu PKP. Pening juga nak memikirkan cara memilih dan membeli lembu yang terbaik, nak laksanakan korban di mana dan bagaimana caranya, siapa yang bertanggungjawab dalam proses agihan daging korban? Apatah lagi, jika ini merupakan kali pertama bagi mereka yang mahu melakukan ibadah ini untuk diri sendiri atau mewakili ibu dan ayah.
Awas, silap langkah anda boleh ditipu dengan pihak yang mengambil kesempatan atas sikap ‘dermawan’ rakyat Malaysia dan mengaut keuntungan berlipat ganda dalam pengurusan ibadah korban.
