Termasuk perkara-perkara yang membahagiakan saudara sesama muslim anda adalah anda memanggilnya dengan nama yang paling disukainya.
Dalam syair disebutkan :
Saya memberinya nama panggilan yang baik
ketika saya memanggilnya untuk memuliakannya
saya tidak menggelarnya dengan gelaran yang buruk
kerana itu buruk baginya
Anda hendaknya selalu memancarkan wajah ceria dan riang di hadapan saudara muslim anda :
Meskipun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria
Senyuman kepada saudaramu (sesama muslim) adalah
sedekah (bagimu).
Anda hendaknya juga mahu melibatkan saudara sesama muslim dalam pembicaraan bersama anda, yakni dengan memberinya kesempatan untuk menceritakan dirinya dan keadaanya. Tanyakanlah urusan-urusannya, baik yang bersifat umum mahupun khusus, selama perkara itu layak untuk ditanyakan. Selain itu, perhatikanlah dan bantulah dia seboleh mungkin.
Barang siapa yang tidak memperhatikan urusan orang muslim, maka dia bukan termasuk golongan mereka.
Allah S.W.T. berfirman :
Orang yang beriman, baik lelaki mahupun yang perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian lainnya…
(At-Taubah : 71)
Termasuk perkara yang dapat membahagiakan saudara muslim anda juga adalah anda tidak mengungkit keburukannya pada masa lalu dan tidak melukai perasaanya ketika bergurau.
Janganlah anda bertengkar dengan saudara anda (sesama muslim); janganlah anda bergirau dengannya dengan gurau yang dapat menyakiti perasaannya; dan janganlah membuat janji dengannya sedang anda mengingkarinya.
Iringilah dosa anda dengan amal soleh
Sebahagian ‘ulama’ menyebutkan bahawa seorang hamba tidak pernah terlepas dari dosa. Di antara rahsia dosa (yang perlu dilakukan agar dosanya terampun dan tidak berulang lagi) setelah bertaubat adalah menghilangkan perasaan ‘ujub 9tinggi hati), memperbanyak istighfar, menyatakan diri benar-benar bertaubat, kembali kepada jalan Allah, berusaha keras untuk tidak mengerjakan dosanya lagi, menyesal atas dosa yang pernah dilakukannya, memahami adanya qadak dan qadar dan menerima qadak dan qadar Allah dengan saksama makna Al-Asma’ul Husna (nama-nama Allah yang baik) dan sifat-sifatNya yang tinggi, seperti Ar-Rahim (Maha Penyanyang), Al-Ghafuur (Maha Pengampun) dan At-Tawwaab (Maha Penerima taubat).