≡ Menu

Hamba Yang Taat Akan Tinggalkan Larangan Allah SWT.

“Recognize when things no longer serve a purpose and begin to harm you. You let it go not because of arrogance or pride but because it doesn’t fit into your life anymore. So close the chapter, learn the lessons and shake off the dust. Don’t waste your life. Move on” – Mufti Menk

Pesanan Mufti Menk melalui ciapan akaun Twitternya ini agak menarik perhatian. Beliau berpesan supaya kita mengenal pasti perkara yang sudah tidak membawa kebaikan kepada diri malah mengundang bahaya dan keburukan. Kemudian, belajar melepaskan perkara tersebut. Tutup buku dan terus berjalan ke hadapan. Begitulah, lebih kurang.

Apabila difikirkan, banyak situasi yang boleh membuatkan kita tersekat dengan putaran yang sama, tidak kira ia adalah rutin diri, tabiat, fikiran, sikap mahupun pergaulan dengan orang.

BACA:  Berpantang Itu Perlu Atau Tidak? Ketahui Dari Sudut Sains Dan Kesihatan.

Ada yang masih berada dalam perhubungan yang toksik dan membahayakan atas alasan sayang.

Ada yang masih merokok bertahun-tahun, tidak berhenti dengan alasan ia boleh menenangkan fikiran yang kusut.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ada pula yang masih berdendam, tidak mahu memaafkan kesilapan orang.

Tetapi, jika difikirkan kembali tentang apa yang diperkatakan Mufti Menk – recognize when things no longer serve a purpose – kenal pasti apa perkara yang tidak lagi membantu kita untuk maju ke hadapan.

Maka perlu kita persoalkan diri sendiri, adakah rutin, tabiat atau benda yang kita lakukan dan kekalkan masih ada tujuannya?

Atau adakah bahaya dan keburukan lebih banyak kita dapat berbanding kebaikan.

Kita tidak boleh menafikan bahawa diri sendiri juga menyumbang kepada cerita bahagia atau derita hidup kita. Kerana pilihan yang dibuat, kita tanpa sedar membiarkan diri berada dalam putaran hidup yang sama.

BACA:  Tatkala Ujian Datang Menimpa, Laksanakan Tugas Kita Sebagai Saudara Islam

Seperti contoh yang saya sebutkan di atas – berada dalam perhubungan toksik kerana sayang. Anggapan kita; “Aku tak ada pilihan. Aku memang sayang dia”. Walhal, itu juga pilihan yang dibuat tidak kira terpaksa atau rela.

Justeru, ambil sejenak masa dan lihat kembali kepada diri dan kehidupan – apakah tabiat dan rutin sama yang tidak lagi membawa kebaikan kepada diri.

“Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan” (Surah al-Baqarah, 2:195)

Ramai yang menyangka pilihan hanya boleh dibuat apabila keberanian ada. Tetapi sedikit yang tahu bahawa keberanian akan datang apabila kita sedar apakah tujuan dan matlamat (purposes) yang kita mahukan dalam hidup yang dijalani.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.