≡ Menu

Hati Hati Wanita. Ini Hadis Tentang Wanita Akhir Zaman Yang Mengerikan

Akan tiba waktu Dajjal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya.

Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. .

Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajjal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ikatan. Nescaya pasti kamu tidak akan dapat mengekang mereka dari berlari mendapatkan Dajal.

BACA:  Surah Taha, Pelembut Hati Dan Nurani Agar Tidak Hitam Dan Sukar Dalam Menerima Seruan Agama

Disebutkan dalam hadith Ibnu ‘Umar, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

يَنْزِلُ الدَّجَّالُ فِى هَذِهِ السَّبَخَةِ بِمَرِّ قَنَاةَ فَيَكُونُ أَكْثَرَ مَنْ يَخْرُجُ إِلَيْهِ النِّسَاءُ حَتَّى إِنَّ الرَّجُلَ لِيَرْجِعُ إِلَى حَمِيمِهِ وَإِلَى أُمِّهِ وَابْنَتِهِ وَأُخْتِهِ وَعَمَّتِهِ فَيُوثِقُهَا رِبَاطاً مَخَافَةَ أَنْ تَخْرُجَ إِلَيْهِ …

. “Dajjal akan turun ke Mirqonah (nama sebuah lembah) dan majoriti pengikutnya adalah kaum wanita, sehingga ada seorang pemuda yang pergi kepada isterinya, ibunya, puterinya, dan saudarinya, kemudian mengikatnya kerana bimbang mereka akan keluar menuju Dajjal”.

(HR. Ahmad 2: 67. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa sanad hadith ini hasan). (Musnad Ahmad 7 : 790 dengan tahqiq Ahmad Syakir, dan beliau berkata, “isnadnya Sahih.”)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.