≡ Menu

Hati Tidak Tenteram Walaupun Dikurniakan Bermacam-Macam Nikmat Allah

KADANGKALA hati rasa seolah-olah tidak tenang dan jiwa pula berkecamuk tanpa diketahui puncanya.

Walaupun dikelilingi oleh ahli keluarga yang sentiasa di sisi dan rakan-rakan yang baik, namun ia tidak mampu menangkis hati yang tidak pernah dan tidak bahagia.

Begitu juga dengan nikmat kesenangan yang diperoleh. Sebesar mana pun harta yang dikurniakan, tetapi adakalanya jiwa terasa seolah-olah ada sesuatu yang kurang.

Barangkali ada dalam kalangan kita pernah merasai keadaan itu sebelum ini. Puas dicari apakah puncanya, tetapi masih belum mendapat jawapannya.

Ya, memang benar bahagia dan tenang akan diperoleh apabila kita mencarinya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Namun, jika sudah dicari tetapi masih belum mengecapi kebahagiaan dan ketenangan itu pula, bagaimana? Kenapa hati kita selalu tak tenang dan apakah puncanya?

Memperincikan lebih lanjut, sebenarnya, ALLAH letak perasaan bahagia dan tenang ketika kita mengingati-NYA.

Katanya, antara sebab diri tidak bahagia adalah kerana kita melupakan ALLAH SWT, tidak ingat Tuhan dan kurang memuji-NYA.

“Disebabkan itulah kita kena banyak memuji ALLAH siang dan malam. Itu rahsia bahagia, rahsia tenang, banyak puji ALLAH,”

Ketahuilah, tiada sesiapa pun yang dapat memberikan kita ketenangan dan kebahagiaan selain daripada ALLAH SWT, ungkapnya.

Namun begitu, masih ada lagi sebilangan masyarakat yang memuji selain daripada yang MAHA ESA.

“(Hinggakan) Kita puji benda dan dunia sampai masuk dalam hati kita.

JIKA hati tidak tenang, banyakkanlah mengingati ALLAH SWT.
“Sedangkan, ALLAH yang beri (nikmat), ALLAH boleh ambilnya pada bila-bila masa. Selain daripada ALLAH, tak boleh buat apa-apa.

“Apabila tengok kereta besar, nafikanlah (ia boleh beri kita bahagia). Kereta tak boleh beri bahagia dan kegembiraan. Suatu masa kelak, ia akan hancur.

“Kereta ini cuma sekadar besi buruk. Esok ia tetap akan buruk. Ya, memang kita hendakkan kereta yang cantik, tapi kita kena cakap (perkara) yang betul bahawa semua itu tidak boleh berbuat apa-apa kepada kita, tak boleh beri bahagia, senang dan tenang,” katanya.

Tegasnya lagi, hanya ALLAH SWT sahaja yang mampu memberikan kebahagiaan, kesenangan dan ketenangan itu.

“Sedarlah bahawa rumah kereta, pakaian, beg tangan dan kasut tidak boleh memberikan kita kemuliaan, yang beri mulia dan hina itu cuma ALLAH saja.

“Apalah makna ada semua (benda), tapi kalau kita kurang sebut nama ALLAH, kita tak kenal Tuhan. Walhal, satu masa nanti dunia ini akan hancur.

“Untuk itu, nafikan selain daripada ALLAH ini tak boleh buat apa-apa,” nasihat beliau.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.