≡ Menu

Hayatilah Ibadah Qurban Dengan Sepenuh Jiwa. Insya’Allah Ibadah Kita Diterima

Ibadah korban mendekatkan diri dengan Allah SWT dan melatih diri kita untuk sentiasa menghidupkan konsep berkorban dalam kehidupan.

Pengorbanan bukan hanya nampak pada daging lembu atau kambing sahaja, tetapi pengorbanan yang lebih besar dalam hidup kita sebagai hamba Allah. Ada kewajipan ibadat fardhu seperti solat, puasa, zakat, haji bagi yang berkemampuan.

Pengorbanan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin, pekerja, bapa, ibu, suami, isteri, anak, abang, jiran dan sebagainya.

Siapa pun kita, kita tetap perlu melakukan pengorbanan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Sebagai pemimpin atau ketua, wajib untuk kita berkorban bagi memastikan orang yang berada dibawah tanggungjawab kita mendapat hak dan pembelaan hidup yang terbaik. Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, pemimpin perlu berusaha sedaya mungkin meringankan beban ke atas rakyat yang terkesan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ketika dilantik menjadi Khalifah, Saidina Umar RA bimbang andai sekiranya setiap perkara di bawah penguasaannya akan menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT kelak. Kata Umar:

BACA:  Adakah Kanak-Kanak Diwajibkan Membayar Zakat Jika Bekerja?

لَوْ مَاتَتْ شَاةٌ عَلَى شَطِّ الْفُرَاتِ ضَائِعَةً، لَظَنَنْتُ أَنَّ اللهَ تَعَالَى سَائِلِي عَنْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Kalaulah mati seekor kambing di persisiran Sungai Furat yang terbiar tanpa pembelaan, aku bimbang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak,” (Abu Nu’aim, Hilya al-Auliya’)

Sebagai ketua keluarga, kita perlu berkorban mencari keperluan ahli keluarga sama ada menyediakan tempat tinggal, makan minum serta keperluan asas yang lain.

Sebagai pelajar, kita perlu berkorban dalam menuntut ilmu, tinggalkan keseronokan untuk bermain game, menonton video dan TV serta yang lain-lain. Fokus memberi tumpuan kepada pembelajaran walaupun terpaksa belajar secara online tanpa guru di hadapan kita.

Sebagai orang yang dahagakan ilmu, kita perlu berkorban untuk melapangkan waktu mengikuti kelas-kelas pengajian di masjid dan surau secara bersemuka juga secara online di FB Masjid dan laman sesawang yang lain demi menambah ilmu kita.

BACA:  6 Dosa Free Yang Sering Kita Lakukan Tanpa Sedar. Nauzubillah

Bersegera menunaikan ibadat seperti bangun untuk qiamullail juga solat subuh di masjid merupakan suatu bentuk pengorbanan.

Meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT yang kadangkala jika dilakukan memberikan keseronokan kepada diri juga merupakan suatu bentuk pengorbanan.

Semoga kita tergolong di dalam golongan mereka yang diredhai dan diterima Allah SWT.  Firman Allah SWT:

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ  وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا

“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan bersama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu para Nabi, para Siddiqiin dan para syuhada’, serta orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah sebaik-baik teman.” (Surah An-Nisa’ ayat 69)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.