≡ Menu

Hendak Berpoligami Kena Jujur Dengan Isteri, Jangan Buat Sesuatu Yang Allah Suka (Nikah) Dengan Sesuatu Yang Allah Murka.

Para suami yang ingin berpoligami, hendaklah mereka melaksanakan ibadah nikah ini dengan penuh tanggungjawab. Jangan mulakan ibadah perkahwinan ini dengan pengkhianatan samada menipu dokumen atau memalsukan tandatangan.

Sesungguhnya perkahwinan adalah sebuah ibadah dalam Islam. Rasulullah pernah mengingatkan kita agar bertakwa dan takut kepada Allah dalam urusan yang melibatkan isteri-isteri kita. Sabda Rasulullah:
إتَّقُوا اللَّهَ في النِّسَاءِ فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللَّهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ
“Bertakwalah kamu kepada Allah dalam urusan isteri-isteri kamu. ٍSesungguhnya kamu mengambil mereka dengan keamanan dari Allah dan kamu menghalalkan faraj mereka dengan kalimah Allah.” (HR Muslim)

BACA:  Janganlah Keluar Dari Rumah Dalam 3 Waktu Ini. Orang Tua Tua Dulu Dah Pesan

Ketika menghuraikan maksud hadis ini, al-Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan “kamu menghalalkan faraj mereka dengan kalimah Allah” adalah kerana Allah telah memerintahkan kaum muslimin agar berkahwin. Perintah syariat ini atau kalimah Allah ini direkodkan dalam al-Quran yang menyebutkan:
فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً
“maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..” (Surah al-Nisa: 3)

Dengan itu, andai kita sedang berhasrat untuk melaksanakan ibadah nikah, mengapa tergamak kita menipu dan memalsukan dokumen dalam urusan ibadah yang disyariatkan oleh Allah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tindakan sebegini dibimbangi menyebabkan seseorang berlaku zalim pada isteri atau mereka yang terlibat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.