≡ Menu

Hidup Sihat Dengan Mengamalkan Sunnah.

Apabila berbicara mengenai kesihatan, siapa sahaja yang tidak mengimpikan kesihatan yang baik sehingga ke usia emas. Namun, fenomena sekarang, belum sempat menginjak ke usia tua sedikit, datang pelbagai penyakit yang tidak pernah kita bayangkan.

Sedangkan badan kita ingin dipakai lama. Jika diizinkan tuhan, kita ingin kekal cergas dan sihat sehingga ke usia 60 atau 70 tahun. Sebagaimana orang dahulu kala, tatkala berumur 50 tahun pun masih mampu berkebun atau bercucuk tanam.

Penyakit boleh menyapa siapa sahaja, namun menjadi tugas kita untuk menutup pintu kepada penyakit-penyakit yang bakal menempa dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Sebagai contoh, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, diabetis dan hipertensi merupakan penyakit tertinggi yang dihadapi golongan muda dengan hampir tiga juta peghidap di seluruh negara.

Ia menunjukkan peningkatan angka sebanyak dua kali ganda kemasukan pesakit ke hospital dalam tempoh empat tahun, bermula pada 2012.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Bukan penyakit ini sahaja yang menunjukkan kerisauan, bahkan penyakit-penyakit lain juga sama ada yang datang dari ketidakcaknaan terhadap kebersihan diri, pemakanan dan lain-lain.

BACA:  Berperang Jihad Ke Luar Negara? Perlu Cukup Syarat-Syarat Ini.

Jadi, entri kali ini akan memperlihatkan bagaimana penjagaan kesihatan yang betul menurut sunnah yang boleh diamalkan secara perlahan-lahan.

#1 – Mula menjaga kebersihan dengan mandi setiap hari

حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ أَنْ يَغْتَسِلَ فِى كُلِّ سَبْعَةِ أَيَّامٍ يَوْمًا يَغْسِلُ فِيهِ رَأْسَهُ وَجَسَدَهُ

Maksud: “Setiap muslim perlu menjaga kebersihan dirinya dengan mandi pada setiap hari dengan membasuh kepala dan badannya.” (HR Bukhari, no. 896)

#2 – Menjalankan lima tuntutan fitrah

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ -أَوْ خَمْسٌ مِنَ الفِطْرَةِ- الخِتانُ، والاسْتِحْدادُ، وتَقْلِيمُ الأظْفارِ، ونَتْفُ الإبِطِ، وقَصُّ الشَّارِبِ

Maksud: “Fitrah yang perlu dilakukan ada lima; berkhitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menipiskan kumis.” (HR Bukhari, no. 257)

#3 – Sentiasa mencuci tangan

إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ نَوْمِهِ فَلاَ يَغْمِسْ يَدَهُ فِى الإِنَاءِ حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلاَثًا فَإِنَّهُ لاَ يَدْرِى أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ

Maksud: “Jika salah seorang dari kalian bangun dari tidurnya, maka janganlah dia mencelupkan tangannya ke bejana (bekas air) sehingga dia membasuhnya sebanyak tiga kali, kerana sesungguhnya dia tidak mengetahui di manakah tangannya bermalam.” (HR Muslim, no. 278)

BACA:  Tak Sangka Betik Boleh Menyingkirkan Cacing Dan Parasit

#4 – Menjaga pola dan tatacara makan

ما ملأَ آدميٌّ وعاءً شرًّا من بطنٍ حسْبُ الآدميِّ لقيماتٌ يُقِمنَ صلبَهُ فإن غلبتِ الآدميَّ نفسُهُ فثُلُثٌ للطَّعامِ وثلثٌ للشَّرابِ وثلثٌ للنَّفَسِ

Maksud: “Tidaklah seorang manusia mengisi sebuah tempat yang lebih buruk daripada perut, cukuplah bagi seorang manusia dengan beberapa suapan yang menegakkan punggungnya dan jika hawa nafsunya mengalahkan manusia, maka bahagikan 1/3 untuk makan dan 1/3 untuk minum serta 1/3 untuk bernafas.” (HR Ibnu Hibban, 3/183)

#5 – Menjaga kebersihan sekeliling

طهِّروا أفنيتَكم فإنَّ اليهودَ لا تُطهِّرُ أفنيتَها

Maksud: “Bersihkanlah sekeliling kalian kerana sesungguhnya kaum Yahudi tidak membersihkan perkarangan mereka.” (HR Imam Albani, no. 236)

Sunnah-sunnah yang dikongsi ini adalah sunnah asas yang boleh diamalkan sebagai permulaan menjaga kesihatan dan kebersihan diri.

Bukan sahaja anda dapat menjemput kesihatan yang berpanjangan, namun jika diniatkan sebagai ibadah kerana Allah, ia juga adalah satu bentuk menjemput pahala.

Wallahu a’alam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.