≡ Menu

Hidupkan Ramadhan Di Rumah, Rugi Jika Tidak Dimanfaatkan Sepanjang PKP Ini

SYUKUR kita kepada Allah SWT, dengan izin-Nya kita sekali lagi terpilih sebagai tetamu di teratak Ramadan yang mulia.

Doa yang dibaca sejak Rejab yang lalu antaranya, “Ya Allah sampaikanlah kami ke bulan Ramadan” diterima oleh Allah SWT.

Kita akan bersama dengan Ramadan selama sebulan, justeru ia menjadi saksi yang akan menyaksikan segala perbuatan kita sepanjang tempoh sebulan ini sama ada kita perbuatan kita berupa amalan soleh atau sebaliknya.

Pada masa yang sama, Ramadan kali ini kita hanya berada di rumah sepenuhnya berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dilanjutkan ke fasa ke-4 sehingga 12 Mei 2020 seperti yang diumumkam oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beberapa panduan yang boleh diamalkan untuk menyemarakkan lagi suasana sambutan di kediaman kita antaranya amalkan aktiviti secara berjemaah seperti solat fardu, solat Tarawih, berbuka puasa, bersahur dan qiamullail.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Berdasarkan hadith yang diceritakan oleh Salman al-Farisi RA bahawa setiap amalan sunat pada bulan Ramadan diberikan pahala seperti amalan fardu sementara setiap amalan fardu pula pahala seperti 70 amalan fardu pada bulan lain (Ibnu Khuzaimah).

Kedua, hidupkan sesi tazkirah ringkas selepas Subuh atau Maghrib.

Sediakan jadual tazkirah dan tajuk yang ringan untuk dikongsikan seperti perkara sunat, makruh atau haram ketika berpuasa, isu-isu semasa puasa seperti puasa pesakit Covid-19 yang kini masih terlantar di hospital.

Pastikan tajuk tersebut difahami sehingga anak yang kecil.

Tazkirah atau peringatan ini disuruh oleh Allah SWT menerusi firman-Nya, “Sampaikanlah nasihat dan peringatan kerana ia memberi manfaat kepada orang beriman.” (Surah al-Zariyat, ayat 55).

Kita membaca hadith Rasulullah SAW yang masyhur daripada Tamim bin Aus al-Dari iaitu, “Agama itu nasihat menasihati” (Muslim), menurut Imam al-Nawawi RH bahawa nasihat menasihati dalam agama adalah untuk kita lebih baik dalam ibadah dan ikhlas kerana-Nya (Syarah Sahih Muslim).

Seterusnya tadarus al-Quran yang secara konsistan selepas solat fardu, atau bila-bila masa mengikut keselesaan waktu.

Suami perlu memahami tanggungjawab ini sebagai peluang keemasan untuk beribadah bersama keluarga.

Letakkan azam sehari berapa halaman, tidak semestinya perlu khatam 30 juzuk, tidak perlu hafal, tetapi letakkan azam yang relevan untuk dicapai.

Tugas suami juga adalah untuk memastikan setiap ahli keluarga mampu membaca al-Quran dengan baik, belajarlah sehingga mampu membacanya walaupun dalam kesukaran.

Sabda Rasulullah SAW, “Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat pada hari Kiamat” (Ahmad).

Kelebihan pula bagi mereka yang belajar al-Quran dalam keadaan sukar kerana bagi mereka dua pahala, iaitu pertam pahala membaca dan kedua pahala kesabaran dia membaca (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Akhir sekali, sediakan tabung Ramadan di rumah.

Memandangkan masjid kita hanya di rumah sahaja, maka amalan sedekah boleh diteruskan dengan menyumbang sedekah sepanjang Ramadan.

Secara khusus, terdapat beberapa waktu yang afdal seperti waktu Subuh dan Asar.

Ini kerana Rasulullah SAW mengatakan bahawa Malaikat bertukar giliran antara dua waktu tersebut, lalu mereka mengangkat amalan manusia kepada Allah SWT secara terus (al-Bukhari & Muslim).

Selain itu waktu antara Asar dan Maghrib pada hari Jumaat, waktu sepertiga malam dan antara waktu azan dan iqamah.

Namun sedekah pada bulan Ramadan mustajab sepanjang masa seperti kata Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW sangat pemurah pada bulan Ramadan, bahkan kemurahannya lebih pantas dari angina yang bertiup (al-Bukhari).

Hasil sedekah yang dikumpulkan itu boleh diinfakkan kepada golongan asnaf sebagai duit raya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.