≡ Menu

Hikmah Dan Peraturan Yang Dapat Kita Amalkan Dalam Surah An-Nuur. Insya’Allah

Surah An-Nur adalah surah yang ke-24 yang diturunkan dan ia tergolong dalam kategori madaniyyah, iaitu surah yang diturunkan di Madinah.

Apabila menyebut mengenai surah ini, rata-rata dari kita pasti akan terlintas mengenai perintah menutup aurat kerana itu adalah antara ayat yang panjang yang dihuraikan di dalamnya.

Namun, tahukah anda bukan itu sahaja yang boleh dipelajari melalui surah ini? Sebenarnya, ada banyak perkara yang boleh dilihat dan diteladani.

Nama An-Nur sendiri membawa maksud cahaya, iaitu yang memberi petunjuk kepada setiap dari kita. Bahkan, tujuan utama surah ini diturunkan adalah untuk mendidik manusia menjadi umat yang terbaik.

Jadi, entri kali ini akan merungkai sedikit sebanyak perkara yang boleh diteladani melalui surah ini:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#1 – Larangan Berzina

Permulaan surah ini dimulai dengan peringatan dan larangan ke atas lelaki dan perempuan untuk berzina. Ayat yang ke-2 dan ke-3 menunjukkan bahawa ia adalah perbuatan yang perlu dijauhi.

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ

Mafhum: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratu kali sebat.” (Ayat 2)

#2 – Jangan Menuduh Tanpa Bukti

Seterusnya, ayat ke-4 membawakan perintah untuk membawa saksi di atas setiap tuduhan atau perkara yang ingin dihujahi.

 وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Mafhum: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka dengan delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Ayat 4)

#3 – Berita Yang Disebar Perlu Sahih

Ayat ini menunjukkan bahawa setiap perkara atau berita yang ingin disampaikan perlulah jelas dari segi sumber dan juga kesahihannya. Tidak boleh menyebarkan sesuatu secara semberono tanpa menitikberatkan kesahihannya.

إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ

Mafhum: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu.” (Ayat 11)

#4 – Memberi Nafkah Kepada Ahli Keluarga

وَلَا يَأْتَلِ أُولُو الْفَضْلِ مِنكُمْ وَالسَّعَةِ أَن يُؤْتُوا أُولِي الْقُرْبَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ

Mafhum: “Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kamu dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah.” (Ayat 22)

BACA:  Kita Tahu Manfaat Minum Air, Tetapi Tidak Tahu Bahaya Minum Air Berlebihan.

#5 – Adab Memasuki Rumah Orang

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّىٰ تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَىٰ أَهْلِهَا ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).” (Ayat 27)

Kesimpulan

Surah ini banyak menyebut mengenai undang-udang yang perlu ditaati manusia, sama ada peraturan terhadap diri sendiri mahupun terhadap orang sekeliling.

Seperti yang diketahui, undang-undang sendiri diwujudkan untuk mengawal dan mengajar manusia agar boleh menjalani kehidupan dengan baik.

Justeru, fahamilah hukum-hakam yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan juga yang telah dicipta oleh manusia agar kita dapat mengikutinya dengan baik.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.