≡ Menu

Hukum Bonceng Dengan Bukan Mahram.

SOALAN

Bolehkah disisi syarak seorang perempuan menunggang motosikal dengan lelaki bukan mahramnya?

JAWAPAN
Seorang perempuan dilarang menunggang motosikal dengan lelaki yang bukan mahramnya sekalipun dalam jarak yang dekat dari kerana pada kebiasaannya akan berlaku persentuhan melainkan pada ketika darurah.

Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah :

Harus lelaki menunggang dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan apabila tidak membawa kepada kerosakan atau membangkitkan syahwah kerana Nabi saw pernah menunggang bersama Al-Fadhlu bin ‘Abbas r.a.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dan harus perempuan menungang bersama suaminya dan lelaki dengan isterinya kerana Nabi saw pernah menunggang bersama isterinya Sofiyah r.a. dan harus lelaki menunggang bersama perempuan yang ada hubungan mahram serta aman dari syahwah.

Dan ada pun perempuan menunggang bersama lelaki ajnabi dan lelaki bersama perempuan ajnabiyah maka iaitu dilarang kerana menutup pintu kerosakkan dan memelihara dari syahwah yang diharamkan.”

Kesimpulannya haram orang perempuan menunggang motosikal bersama lelaki yang bukan mahramnya sekalipun tunangnya melainkan ketika darurah seperti menghantar seorang perempuan yang cedera ke tempat rawatan kerana tiada kenderaan yang lain atau seumpamanya.

BACA:  Mulut Berbau Ketika Berpuasa? Ini Tips Untuk Mengurangkan Bau Mulut Semasa Berpuasa

Dan tidak mengapa perempuan menunggang bersama kanak-kanak lelaki yang bukan mahramnya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.