≡ Menu

Hukum Imam Menunggu Makmum Yang Belum Takbir Di Dalam Rukuk. Boleh Atau Tidak?

SOALAN

Benarkah jika imam sedang rukuk dan ada makmum baru tiba di masjid disunatkan imam itu tunggu makmum takbir sebelum imam bangun dari rukuk?

Apakah syarat-syaratnya?

JAWAPAN

Disunatkan bagi imam yang sudah rukuk apabila ada makmum yang belum takbiratul ihram bahawa imam itu menunggu sekejap di dalam rukuk supaya makmum tersebut sempat takbir dan rukuk bersama imam maka dapat bagi makmum itu rakaat tersebut.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dan tempat kata disunatkan imam menunggu dalam rukuk itu ialah apabila makmum sudah ada di masjid dan tidak menunggu yang lama dan tujuan menunggu itu adalah kerana bertolong dalam perkara kebajikan dan tidaklah imam itu membeza-bezakan orang yang ditunggu itu.

Dan begitu juga disunatkan bagi imam menunggu di dalam tahiyat akhir akan makmum yang baru sampai ke masjid supaya makmum itu sempat bertakbir dan sempat mendapat jemaah sebelum imam memberi salam.

BACA:  Dosa Mengumpat, Jangan Sesekali Kita Dekati

Akan tetapi disyaratkan beberapa perkara pada disunatkan atau tidak imam menunggu makmum yang datang lambat itu.

Berkata Imam Nawawi :

Dan dimakruhkan memanjangkan menunggu supaya mendapat oleh yang lain dan jikalau merasa imam itu pada rukuk atau pada tasyahud akhir ada orang baru masuk ke dalam masjid nescaya tidak dimakruhkan menunggunya pada pendapat yang azhar jika tidak melampau pada menunggu itu dan tidak membezakan antara yang masuk itu.”

(Kitab Minhaj At-Talibin)

Dan terlebih jelas lagi sebagaimana yang tersebut pada himpunan fatwa Mufti Mesir:

Harus imam menunggu makmum di sisi syarak maka sungguhnya telah berjalan oleh ulamak mazhab Syafie pada pendapat yang paling sahih disisi mereka disunatkan menunggu itu dengan beberapa syarat :

Pertamanya bahawa adalah makmum masbuk tersebut sudah berada di dalam masjid ketika menunggu itu.

Keduanya bahawa tidaklah terlalu lama menunggu itu.

Ketiganya tujuan menunggu itu ialah mendekatkan diri kepada Allah bukan sebab sukakan kepada orang yang baru masuk itu atau cenderung hatinya kepadanya.

BACA:  Sah Atau Tidak Solat Jika Tangan Berlapik Telekung Ketika Sujud?

Keempatnya bahawa tiadalah dibezakan antara orang yang masuk ke masjid itu kerana kemuliaannya atau sahabat rapatnya atau pangkatnya atau umpama yang demikian itu dari kerana sungguhnya menunggu itu tanpa membezakan memberi pertolongan bagi yang masuk atas mendapatkan rakaat.”

(Darul Ifta Mesir)

Oleh itu jika ternafilah syarat-syarat tersebut maka tidak disunatkan imam menunggu makmum di dalam rukuk.

KESIMPULAN

Disunatkan imam menunggu di dalam rukuk akan makmum yang belum bertakbir jika makmum tersebut sudah berada di dalam masjid supaya makmum yang baru sampai itu sempat rukuk bersamanya dan mendapat rakaat.

Makmum yang sampai ke masjid dan mendapati imam sedang rukuk hendaklah ia segera bertakbir dan rukuk supaya dapat rakaat yang sedang dikerjakan itu.

Wallahua’lam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.