≡ Menu

Hukum Memakai Gelang Kaki. Jangan Buat Tanpa Mengetahui Hukum Ini

Setiap wanita pasti ada barang perhiasan seperti rantai, gelang tangan dan gelang kaki. Walau bagaimanapun, hukum pakai gelang kaki bagi wanita menjadi tanda tanya kerana adakah perbuatan itu dibenarkan dalam Islam atau sebaliknya.

Sebarang bentuk perhiasan diharuskan untuk pakai sekiranya tidak berlebihan dan tidak melampaui batas sehingga mendatangkan fitnah.

HUKUM PAKAI GELANG KAKI BAGI WANITA, BOLEH ATAU TIDAK?

Mengenai persoalan hukum pakai gelang kaki bagi seorang wanita adalah dilarang oleh Allah SWT sekiranya ia bertujuan untuk menarik perhatian lelaki seperti sengaja menghentakkan kaki supaya berbunyi.

Firman Allah SWT:

وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Maksudnya: “Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur, 31)

BACA:  Tugas Kita Sebagai Khalifah Di Bumi Allah

Perbuatan ini sama seperti wanita di zaman jahiliah kerana mereka memakai gelang kaki berloceng dan menghentakkan kaki ketika berjalan supaya didengari serta dilihat oleh kaum lelaki.

Imam Qurtubi di dalam tafsirnya menyatakan sesiapa yang bermegah-megahan dengan perhiasan maka perbuatan itu adalah makruh.

Sesiapa yang tabarruj dan ingin menarik perhatian lelaki itu adalah perbuatan yang diharamkan dan keji. Hal ini sama juga dengan lelaki, sekiranya dia menghentakkan kasut kerana perasaan ujub, maka ia diharamkan dan dosa besar. Perbuatan ini sama juga dengan larangan memakai wangian ketika keluar rumah dan dihidu wangi oleh golongan lelaki.

Jika sesuatu perbuatan mendatangkan fitnah dan menarik perhatian golongan lelaki adalah dilarang. Ini bermakna hukum pakai gelang kaki bagi wanita dibolehkan selagi mana tidak bertujuan untuk riak, ujud, takabbur dan tidak berlebih-lebihan.

Selain itu, jika seseorang memakai gelang kaki atau tangan bertujuan untuk menarik perhatian suaminya maka perbuatan itu diharuskan. Memakaikan gelang tangan atau kaki berloceng pada kanak-kanak perempuan bertujuan sebagai pengawasan adalah diharuskan.

Seperti yang disarankan oleh Baginda Nabi SAW:

كُلُوا وَاشْرَبُوا وَتَصَدَّقُوا وَالْبَسُوا مَا لَمْ يُخَالِطْهُ إِسْرَافٌ أَوْ مَخِيلَةٌ ‏

Maksudnya: “Makan dan minumlah, bersedekah dan berpakaianlah tanpa ada unsur berlebihan atau sia-sia.” Sunan Ibnu Majah (3605)

Semoga bermanfaat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.