≡ Menu

Hukum Memberi Daging Korban Kepada Non-Muslim. Baca Biar Faham

“Hukum Memberikan Non-Muslim Daging Korban”

Lazimnya musim korban juga musim kenduri. Jadi selalunya ramai jiran atau kenalan akan dijemput. Termasuklah non-muslim.

Bagaimana pula hukum non-muslim makan daging korban?

Jawapan ringkas daripada Mufti Perak adalah, tidak harus bagi non-muslim untuk diterima.

Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, ibadah korban adalah sunat muakkad iaitu ‘ta’abbudy’ (hal ehwal ibadat).

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Pendapat Mufti Wilayah Persekutuan

Jawapan yang lebih terperinici ini kami dapatkan daripada Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Allah SWT telah berfirman:

فَكُلُواْ مِنۡهَا وَأَطۡعِمُواْ ٱلۡقَانِعَ وَٱلۡمُعۡتَرَّۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرۡنَٰهَا لَكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ

Maksudnya: Maka makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

Surah Al-Hajj: 36

Al-Imam Ibn Kathir Rahimahulah di dalam tafsirnya, Tafsir al-Quran al-‘Azim (5/428)  telah menyatakan melalui ayat di atas, sebahagian salaf mengharuskan untuk memakan sebahagian daripada daging korban yang telah ditumbangkan.

Al-Imam Malik Rahimahullah pula mengatakan sunat untuk daging korban itu dimakan.

Ada pula sejumlah yang berpendapat daging korban tersebut wajib untuk dimakan sebahagian al-Syafi’eyyah.

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan di dalam al-Majmu’ bahawa al-Imam Ibn Munzir Rahimahullah menyatakan memberi makan kepada fakir miskin daripada hasil korban dan menjadi khilafnya adalah memberikan hasil korban kepada fakir miskin dari kalangan al-zimmah.

Ini adalah pendapat-pendapat kepada isu ini yang telah disebut oleh Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (8/425) dan begitu juga Ibn Qudamah al-Maqdisi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Mughni (9/450):

  • Al-Imam Abu Hanifah Rahimahullah: Keringanan (rukshah) bagi golongan non-muslim yang fakir untuk menerima daging korban. Pendapat sama daripada al-Hasan al-Basri Rahimahullah dan juga Abu Thaur Rahimahullah.
  • Mazhab Maliki: Makruh non-muslim diberikan daging korban (Yahudi dan Nasrani)
  • Mazhab Hanbali: Harus non-muslim dihadiahkan daging korban yang sunat. Korban wajib pula tidak diharuskan
  • Mazhab Syafi’e: Pendapat masyhur mengatakan tidak dibolehkan kerana korban adalah tanda ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Mufti Wilayah Persekutuan telah melihat isu ini berdasarkan sudut maslahah dan siyasah syar’iyyah untuk keharmonian masyarakat.

Hal ini diteliti kerana ini juga boleh menjadi medium dakwah kepada masyarakat bukan islam.

Menurut laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ada beberapa situasi yang boleh dipertimbangkan:

  1. Sekiranya komuniti masyarakat Islam wujud jiran non-muslim dan mereka memang jiran yang bersifat baik serta ramah dengan masyarakat setempat, boleh diberikan lebihan daripada hasil korban (jika ada) kepada mereka.
  2. Tetapi sekiranya daging korban itu hanya cukup kepada orang Islam, dahulukan daging tersebut kepada umat Islam setempat yang lebih memerlukan. Wallahualam.

Ini sesuai dengan seruan Allah untuk semua umat Islam untuk sentiasa berbuat baik kepada sesiapa sahaja:

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ

Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

BACA:  Adakah Makruh Bersuci Menggunakan Air Panas? Baca Penjelasan Ini

Surah Al-Mumtahanah: 8

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, memberikan daging korban juga merupakan salah satu kebaikan kepada orang bukan Islam.

Bahkan terdapat juga hadis untuk mengingati kita sentiasa berbuat baik sesama jiran walaupun mereka bukanlah orang Islam.

Daripada Abdullah bin ‘Amr al-‘As R.Anhuma yang mana telah menyembelih seekor kambing buat ahli keluarganya lalu beliau berkata: Adakah kamu telah menghadiahkan (daging tersebut) kepada jiran kita Yahudi? (beliau menanyakannya sebanyak dua kali) kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:

مَا زَالَ جِبْرِيلُ يُوصِينِي بِالْجَارِ حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُه

Maksudnya: “Sentiasalah Jibril AS mewasiatkan kepadaku (berbuat baik) kepada jiran (dengan baik dan sopan) sehingga aku menyangka bahawa Jibril AS mengarahkan daripada Allah SWT agar menjadikan mereka sebagai pewaris.”

Riwayat Abu Daud (5152) & Al-Tirmizi (1943)

Walau apapun niat anda berkorban semoga Allah menerimanya kerana korban ini selain daripada fadilatnya yang kita kejar, kita juga perlu mengejar redaNya.

Ini kerana, korban kita bukanlah semata-mata untuk memberi makanan orang yang memerlukan. Sebaliknya kerana Allah SWT.

Jika anda ingin berkorban tahun ini semoga ibadah anda dipermudahkan.

Jangan lupa kepada sunnah-sunnah ibadah korban supaya korban anda menjadi lebih bermakna dan mendapat berkat daripada Allah SWT, insya-Allah.

Semoga artikel “Hukum Memberikan Non-Muslim Daging Korban” membantu anda.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.