≡ Menu

Hukum Mencerobohi Whatsapp Orang Lain. Apakah Pandangan Islam Tentang Hal Privasi?

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Saya hendak ingin memberitahu situasi sebenar kepada dato, ada seorang kawan saya ini menceroboh mesej maklumat whatsapp saya kepada orang lain dan tidak diketahui bahawa kawan saya macam mana kawan saya boleh mengesan mesej teks whatsapp saya kepada orang lain yang bertujuan untuk mengaibkan orang lain tanpa usul periksa. Tapi saya telah dimalukan oleh orang lain disebabkan perbuatan kawan saya yang suka menceroboh mesej whatsapp saya tanpa kebenaran. Soalan saya apakah hukumnya jika seseorang yang menceroboh mesej whatsapp tersebut tanpa mempedulikan perasaan orang lain disekelilingnya? Mohon pencerahan dari Ustaz. Sekian. Wassalam.

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Seorang muslim hendaklah menjaga lidahnya dan juga anggota badannya dari menyakiti saudara muslimnya yang lain. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn ‘Amru R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

BACA:  Bersihkan Hati, Itulah Jalan Menuju Redha Allah.

Maksudnya: Seorang muslim itu adalah mereka yang membuatkan muslim yang lain selamat dari kejahatan lidahnya dan juga tangannya.

Riwayat Al-Bukhari (6484)

Imam Ibn Battal dalam syarahan beliau ke atas hadith ini berkata :

وَالْمُرَادُ بِهَذَا الْحَدِيثِ الْحَضُّ عَلَى تَرْكِ أَذَى الْمُسْلِمِينَ بِاللِّسَانِ وَالْيَدِ وَالْأَذَى كُلِّهِ

Maksudnya : Yang dimaksudkan dengan hadis ini adalah tuntutan supaya meninggalkan perbuatan menyakiti umat Islam dengan lidah, tangan, dan juga semua yang menyakitkan. (Lihat Syarah Sahih al-Bukhari, 1/62)

Kesimpulan

Menjawab persoalan di atas, kami nyatakan hukum menceroboh ruangan peribadi orang lain tanpa izin dan sebab yang dibenarkan syarak adalah berdosa. Sewajarnya kita menghormati privasi orang lain dan bukannya memasuki ruangan privasi seseorang sewenang-wenangnya dan memalukannya dikhalayak ramai.

Ini juga termasuk tajassus bentuk baru, sedangkan Islam tidak membenarkan kita mengintip privasi seseorang kecualilah dengan sebab yang diizinkan oleh Syarak dan undang-undang seperti penjenayah yang ingin melakukan jenayah dengan whatsapp yang tertentu. Firman Allah SWT:

وَ لَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا

Maksudnya: “Dan janganlah kalian melakukan tajassus serta janganlah kalian saling mengumpat antara satu sama lain.”

(Surah al-Hujurat : 12)

BACA:  Nak Berbuat Baik, Mulakan Dengan Ahli Keluarga Terdekat Dahulu. Ini Saranan Islam

Al-Maraghi berkata: Tajassus adalah mencari-cari keaiban yang tersembunyi. Beliau turut menambah: Sebaliknya kamu hendaklah berpuas hati dengan apa yang nyata bagimu mengenai dirinya. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 13/6506)

Kami juga mengambil kesempatan untuk menitipkan sebuah doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada sahabatnya yang bernama Abu Umamah al-Bahili apabila beliau stress dan runsing dengan hutang yang banyak:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia.”

Riwayat al-Bukhari (6369), Abu Daud (1555), al-Tirmizi (3484), al-Nasa’ie (5449) dan al-Baihaqi dalam al-Da’awat al-Kabir (305)

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Amin.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.