≡ Menu

Hukum Merempit Di Sudut Agama Islam. Ibu Bapa Perlu Baca Dan Hadam

Aktiviti berlumba motosikal di kawasan terbuka sememangnya popular dalam kalangan remaja sekarang dan menjadi trend ketika hujung minggu.

Perkara ini mendapat perhatian penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan mengenai hukum berlumba motosikal sehingga meragut nyawa.

Menerusi video yang dimuat di laman TikTok, terdapat satu soalan yang bertanya mengenai hukum berlumba dan beliau menjelaskan seseorang yang meninggal dunia kerana berlumba motosikal di kawasan yang memudaratkan diri hukumnya seperti membunuh diri iaitu haram.

Berbeza pula dengan individu yang berlumba di tempat lapang lengkap dengan pakaian keselamatan serta tiada sebarang halangan seperti kenderaan awam hukumnya adalah makruh.

“Kalau dia berlumba dengan keadaan memakai segala alat kelengkapan, tidak ada lori dan hanya jalan sahaja hukumnya makruh,” ujarnya.

Tambahnya, kebanyakan yang berlumba adalah untuk suka-suka dan memilih untuk membuang brek, tak pasang lampu malam dan juga meniarap atas motosikal.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Setiap permainan yang bukan sunah hukumnya makruh dan jika permainan itu tidak mendatangkan faedah hukumnya adalah haram seperti terjun bungee.

BACA:  Mandi Air Sejuk Jika Anda Sayangkan Kulit Anda

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor menegaskan, kegiatan merempit dilarang di dalam syariat Islam dan merupakan satu perbuatan dosa.

Wan Salim berkata, kegiatan merempit adalah menyusahkan orang ramai kerana mengganggu pengguna jalan raya lain selain membahayakan diri sendiri serta orang lain.

“Jalan raya adalah milik umum dan bukan hak mana-mana individu, maka semua pihak hendaklah mengikut undang-undang dan peraturan lalu lintas yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

”Dilihat daripada perspektif agama Islam, setiap warganegara adalah wajib mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya yang ditetapkan oleh pihak pemerintah,” katanya.

Tambahnya, Islam juga mewajibkan umatnya memelihara nyawa sebagai salah satu matlamat utama di dalam maqasid syariah, malah Islam menegah seseorang Muslim daripada memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

BACA:  Arwah Menangis Semasa Takbir Raya. Betulkah Kepercayaan Kita Selama Ini?

Dalam pada itu kata beliau, memandangkan semakin kerap berlaku kemalangan jalan raya disebabkan kegiatan rempit, maka sudah sampai masanya pihak berkuasa menyemak semula undang-undang dan peraturan lalu lintas sedia ada untuk memperketatkan lagi syarat-syarat pengeluaran lesen memandu.

“Had umur untuk kelayakan memandu juga mungkin perlu ditingkatkan. Di samping itu denda bagi kesalahan lalu lintas juga perlu ditambah agar para pengguna lebih berhati-hati memandu kenderaan masing-masing.

”Kita juga mengharapkan ibu bapa dan para pemimpin masyarakat saling memainkan peranan menasihati anak-anak muda supaya mengelakkan diri daripada kegiatan rempit yang sia-sia dan merbahaya,” katanya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.