≡ Menu

Hukum Orang Senang Tapi Menipu Untuk Mendapatkan Bantuan Yang Dikhususkan Untuk Fakir Dan Miskin

APABILA mendengar khabar ada orang dalam kesusahan, pasti masyarakat kita akan membantu mengikut kemampuan masing-masing. Begitulah pemurahnya sikap masyarakat kita.

Selain bantuan yang diberikan oleh orang awam, kerajaan dan juga pihak-pihak swasta juga ada memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Lazimnya bantuan yang disalurkan itu ada sejumlah peruntukan tertentu yang dikhaskan untuk golongan yang bersasar.

Namun begitu, ada segelintir orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan memohon bantuan berkenaan meskipun bukan tergolong dalam kategori mereka yang disasarkan.

Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang memohon itu ialah orang yang senang. Lebih parah lagi apabila bantuan yang dimohon tadi sudah diluluskan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Apakah hukumnya apabila kita mengambil bantuan yang diperuntukkan kepada orang miskin dan susah?

Dalam kes ini, pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, seandainya suatu pemberian harta seperti bantuan harta atau derma wang yang diperuntukkan kepada golongan tertentu seperti orang miskin atau susah, maka hanya golongan berkenaan sahaja yang halal menerimanya.

“Oleh itu, apabila orang yang bukan dalam kalangan miskin atau susah menerimanya, nescaya wajib dia pulangkan harta tersebut.

“Jika tidak dipulangkan dan digunakan harta tersebut untuk dirinya atau anak dan isterinya, maka hukumnya adalah haram dan dikira memakan harta orang secara batil,” katanya sebagaimana yang dipetik menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.

BACA:  Baca 2 Ayat Ini Setiap Malam, Niscaya Allah Akan Melancarkan Rezekimu

Bagi yang sudah mencukupi keperluan kehidupannya atau dalam erti kata lain, bukan tergolong sebagai miskin atau susah, pendakwah itu menjelaskan, haram bagi mereka meminta bantuan atau sedekah berkenaan untuk diri sendiri.

Ambil bantuan orang susah

“Perbuatan itu dilarang dalam agama Islam dan perbuatannya adalah haram lagi zalim,” katanya.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak halal pemberian sedekah bagi orang kaya dan tidak halal juga bagi orang sihat yang boleh mencari rezeki.” (Riwayat an-Nasai, Ibnu Majah, Ahmad dan ad-Daruqutni)

Ustaz Azhar Idrus turut mengemukakan pandangan yang disebutkan dalam kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah tentang hadis berkenaan: “Dan pada hadis ini menjadi satu amaran daripada memakan harta manusia secara batil.”

“Ketahuilah, orang senang yang meminta sedekah atau bantuan yang diperuntukkan untuk orang miskin ini sebenarnya mereka meminta untuk diri mereka api neraka,” katanya.

Indian people queue outside a bank as they wait to deposit and exchange 500 and 1000 rupee notes in Amritsar on November 13, 2016.
India’s cash machines will take several weeks to reset with new bills, India’s finance minister said November 12, as public anger mounted over a decision to pull the highest denomination notes from circulation. / AFP PHOTO / NARINDER NANUNARINDER NANU/AFP/Getty Images

Ia sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA.

BACA:  Waktu Mustajab Doa Yang Kita Kadang-Kadang Terlepas Pandang

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang meminta daripada manusia akan harta-harta mereka kerana memperbanyakkan, sungguhnya meminta ia akan bara api neraka, maka sama ada dia minta sedikit api neraka itu atau banyak.” (Riwayat Muslim)

Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sentiasalah orang yang senang yang meminta-minta daripada manusia itu sehingga nanti dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan terputus daging mukanya.” (Riwayat al-Bukhari)

Dalam pada itu, Ustaz Azhar Idrus juga memberi peringatan kepada pihak yang menguruskan bantuan atau sumbangan berkenaan supaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah. Berikanlah bantuan berkenaan kepada golongan yang memerlukan sebagaimana matlamat asal.

“Haram bagi orang yang menguruskan bantuan tersebut memberikan kepada orang yang mereka ketahui bukan dalam kalangan miskin dan susah sama ada yang memohon bantuan itu saudara-mara atau orang lain.

“Mereka ini telah khianat pada amanah yang telah diberikan dan mereka disebut dalam hadis sebagai orang yang tidak ada iman,” katanya.

Justeru, berhati-hatilah dalam memohon dan mengagihkan bantuan. Jika diri tidak layak, tidak perlulah memohonnya.

Berilah kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan bantuan tersebut.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.