≡ Menu

Hukum Suami Tidak Membayar Maskawin Isteri

Maskawin atau disebut juga sebagai mahar adalah suatu yang diwajibkan olih agama diberi olih suami kepada isteri.

Allah Taala berfirman :

وَءَاتُوا النِّسَآءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً

Artinya : “Berikanlah kamu sekelian akan maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.” (An-Nisak : 4)

dan firmanNya :

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

فَمَا اسْتَمْتَعْتُم بِهِ مِنْهُنَّ فَئَاتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً

Artinya : “ Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya sebagai suatu kewajiban”. ( An-Nisa’ : 24)

Olih itu maskawin adalah hak seorang isteri yang wajib diberikan oleh suaminya. Status maskawin adalah hak yang dimiliki olih isteri maka jika hak isteri dipinjam atau dihutangi maka wajib pula hak isteri itu dikembalikan sekalipun sudah lama perkahwinan dilangsungkan. Walau bagaimana jua pun apabila suami meminjam mahar isteri sebab ada keperluan terdesak wajib dibayar kembali olih suami.

BACA:  Kewajipan Melaksanakan Amar Makruf Dan Nahi Mungkar. Jangan Ambil Remeh

Jika isteri menghalalkannya maka terlepas kewajipan membayar olih suami tetapi jika isteri tidak menghalalkannya tetap wajib suami membayar maskawin tersebut.

Jika sengaja tidak mau membayarnya sedangkan suami mampu untuk membayarnya maka hukumnya adalah haram. Memakan harta yang haram itu menyebabkan amalan suami tidak diterima. Apabila suami meninggal dunia sedangkan hutang maskawin tersebut belum dibayar mayat tetap dikira berhutang dan akan diminta pertanggung jawabkan di akhirat nanti.

Larangan didalam Islam berhutang tanpa mahu membayarnya, , mengambil harta orang lain tanpa hak (mencuri, rompak, samun atau dengan jalan menipu dalam berniaga dan sebagainya) ancamannya adalah sebagaimana terdapat didalam Al-Quran :

وَمَن يَغْلُلْ يَأْتِ بِمَا غَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَّاكَسَبَتْ وَهُمْ لاَ يُظْلَمُونَ

Artinya : “Barangsiapa yang berkhianat (mengambil hak orang lain dengan cara batil) dalam urusan harta, maka pada hari kiamat ia akan datang membawa apa yang dikhianatkannya itu, kemudian tiap-tiap diri akan diberi pembalasan tentang apa yang ia kerjakan dengan (pembalasan) yang setimpal, sedangkan mereka tidak akan dizalimi. (Ali-Imran 161)

BACA:  Berapa Hari Orang Musafir Harus Tinggal Puasa?

Dari ayat di atas jelas bahwa hukumnya adalah haram siapa sahaja yang meminjam harta orang lain dan sengaja tidak mahu mengembalikannya atau mengambil hak orang lain secara batil, tipu dan sebaginya.

Jika suami berkata bahawa suami tidak wajib lagi membayar hutang maskawin sebab suami selalu memberi nafaqah makan minum dan belanja keperluan dapur selama mereka bersama maka perkataan suami itu adalah batil dan tidak ada ulama yang mengeluarkan hukum seperti itu. Semua itu adalah kewajipan yang lain tidak sekali-kali termasuk hutang maskawin. Suami tetap wajib membayar hutang maskawin walaupun sudah bertahun memberi nafaqah, hadiah dan harta kepada isterinya.

Wallahua’lam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.