≡ Menu

Hukum Tanam Mayat Guna Keranda

Soal :

Saya mendengar ada seorang yang memberi ceramah mengatakan bahawa menanam mayat dalam keranda seperti yang diamalkan pada setengah tempat di negara kita adalah haram. Mohon penjelasan.

Jawab :

Menanam mayat yang afdhal dan mengikut sunnah ialah dengan menggunakan lahad yaitu lubang yang digali sebelah pihak kiblat dari lubang yang besar atau syaq yaitu lubang yang digali ditengah-tengah lubang besar.

Menggunakan keranda bukan haram tetapi makruh sahaja hukumnya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tetapi jika berhajat kepada menggunakan keranda atau tidak bolih dibuat lahad atau syaq maka harus menggunakan keranda tidak lagi dimakruhkan.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

( وَيُكْرَهُ دَفْنُهُ فِي تَابُوتٍ ) بِالإِجْمَاعِ ; لأَنَّهُ بِدْعَةٌ ( إلا فِي أَرْضٍ نَدْيَةٍ أَوْ رِخْوَةٍ ) فَلا يُكْرَهُ لِلْمَصْلَحَةِ وَلا تُنَفَّذُ وَصِيَّتُهُ بِهِ إلا فِي هَذِهِ الْحَالَةِ , وَمِثْلُ ذَلِكَ مَا إذَا كَانَ فِي الْمَيِّتِ تَهْرِيَةٌ بِحَرِيقٍ بِحَيْثُ لا يَضْبُطُهُ إلا التَّابُوتُ اهـ .

BACA:  Batas Suami Dan Isteri Ketika Perlu Dijaga.

Artinya :

“Dan makruh menggunakan keranda dengan ijmak kerana ia adalah bida’ah melainkan pada tanah yang lembut atau berpasir maka tidak dimakruhkan kerana ada maslahah. Dan tidak ditunaikan wasiatnya menggunakan keranda melainkan pada keuzuran ini. Dan seumpama yang demikian itu ialah apabila mayat itu terbakar dengan sekira-kira tiada dapat menampungnya melainkan menggunakan keranda.” (Kitab Mughni Muhtaj)

Dan tersebut pada kitab Mausu’ah Al-Fiqhiyah :

يُكْرَهُ دَفْنُ الْمَيِّتِ فِي تَابُوتٍ بِالإِجْمَاعِ ; لأَنَّهُ بِدْعَةٌ , وَلا تُنَفَّذُ وَصِيَّتُهُ بِذَلِكَ , وَلا يُكْرَهُ لِلْمَصْلَحَةِ , وَمِنْهَا الْمَيِّتُ الْمُحْتَرِقُ إذَا دَعَتْ الْحَاجَةُ إلَى ذَلِكَ اهـ .

Artinya :

“Dimakruhkan menanam mayat dalam keranda dengan ijmak kerana ia bida’ah dan tidak diluluskan wasiatnya dengan demikian itu.
Dan tidak makruh guna keranda jika ada maslahah. Antara maslahahnya ialah mayat yang hangus apabila berhajat kepada menggunakan keranda.”

BACA:  Pentingnya Memahami Hadis, Bukan Tafsir Sesuka Hati

Dan tersebut pada kitab Al-Fiqh Ala Mazahibil Arba’ah :

إن دفن الميت في صندوق ونحوه مكروه مطلقاً عند الحنابلة , وخلاف الأولى عند المالكية, أما الشافعية والأحناف فقالوا : مكروه إلا لحاجة – كرخاوة أرض وغيره

Artinya :

Bahawsanya menanam mayat dalam keranda atau seumpamanya adalah makruh secara mutlak disisi mazhab Hanbali dan khilaf aula disisi mazhab Maliki. Dan adapan disisi mazhab Syafie dan Hanafi maka berkata mereka itu : Makruh melainkan jika ada hajat seperti tanah yang lembut dan lainnya.”

Sekian

Wallahua’lam

https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.