≡ Menu

Ibu Pimpin Ayah Mengaji Al-Quran Di Bulan Ramadan Buat Anak Terharu

Sesetengah orang mengaji pada usia yang lanjut adakalanya membuatkan perasaan malu menyelubungi diri mereka. Namun, rasa itu sepatutnya tidak perlu ada kerana ia melibatkan tentang ilmu agama yang wajib kita pelajari. Bukankah membaca Al-Quran itu satu tuntutan dalam Islam?

Sesungguhnya usia dan ‘pangkat’ bukanlah penghalang untuk seseorang itu belajar. Seperti perkongsian daripada seorang gadis ini tentang amalan kedua ibu bapanya yang saling membantu ketika membaca al-Quran menyentuh hati ramai orang.

BACA:  5 Tanda Tanda Kita Sudah Wajib Asingkan Tempat Tidur Dengan Anak

Manakan tidaknya, seorang isteri yang solehah membantu suaminya untuk lancarkan lagi bacaan al-Quran setiap malam. Sifat inilah yang perlu ada untuk semua orang.

“My favourite view right now. Ibu guide ayah baca Quran every night sebab ayah tak berapa lancar baca, Alhamdulillah.”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Apa yang difahamkan melalui gambar ini, walaupun suami merupakan ketua keluarga, namun dia masih menghormati isteri tercinta sebagai ‘guru’ mengaji.

BACA:  Mana Lebih Elok, Minum Air Sebelum Atau Selepas Makan? Ini Penjelasan Sains

Jadi, kita sama-samalah melakukan perkara yang baik ini di bulan yang mulia penuh dengan barakah.

Sumber: soitsnisha

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.