≡ Menu

Ibu, Tanggungjawabmu Sungguh Berat. Sungguh Tinggi Darjat Seorang Ibu Dalam Agama Islam

BAGI wanita yang bergelar ibu dan memiliki kerjaya tidak kira sama ada di luar mahupun sebagai suri rumah sepenuh masa, pasti kadang-kadang terluah: “Aduh penatnya, ya Allah! letihnya.”

Ketahuilah kepenatan kita dalam menyelesaikan segala urusan sebagai seorang ibu bukanlah suatu perkara yang sia-sia.

Yakinlah dengan segala janji Allah kepada hamba-hamba-Nya.

Sentiasa kita ‘tanamkan’ dalam hati sebagai seorang ibu atau isteri, agar tidak berasa semua itu suatu bebanan yang sangat memenatkan.

Dalam hal ini, ada kisah menarik tentang Zikir Fatimah yang boleh diambil pengajaran berguna.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ia merujuk kepada sebuah hadis sahih dan kisahnya agak panjang.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah iaitu Fatimah mengadu kepada suaminya, Ali Abu Talib tentang tangannya yang berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukan.

Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya, Rasulullah untuk meminta seorang pembantu.

Bagaimanapun, dia tidak berjaya menemui Rasulullah kerana tiada di rumah dan hanya bertemu Aisyah.

BACA:  Hukum Berniaga Pakaian Wanita

Kemudian Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah.

Apabila Rasulullah pulang, Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya itu.

Lalu Baginda pergi menemui Fatimah serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Kedua-duanya mahu berganjak bangun dan ingin menghampiri Baginda, tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat pembaringan.

Kemudian Baginda bersabda: “Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akhbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Ini merupakan antara amalan zikir dan tasbih yang boleh diamalkan oleh para ibu.

Di saat kita sebagai ibu sudah keletihan, kepenatan dalam timbunan kerja rumah yang tidak pernah selesai, di saat kita sudah berasa untuk berkeluh kesah kerana penat, insya-Allah pujuk hati kita untuk beramal dalam mendapatkan ketenangan serta pahala dengan segala urusan rumah tangga.

BACA:  4 Jenis Wanita Yang Boleh Masuk Ke Syurga Dari Mana-Mana Pintu Syurga Yang Dia Mahu

Mungkin dengan kepenatan menguruskan rumah tangga, suami dan juga anak-anak memberikan para ibu ganjaran terbaik iaitu syurga Allah.

Jika disebabkan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu tanpa keluh kesah menjanjikan pahala yang tiada galang gantinya, maka kita boleh memujuk hati untuk reda dengan keadaan itu.

Insya-Allah, semua ini dalam perhitungan Allah kerana Dia Maha Mengetahui setiap apa yang dikerjakan oleh para ibu.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar.” (Surah Al-Anfal,
ayat 28)

Semoga semua ibu di luar sana sentiasa terus meyakini bahawa Allah akan kurniakan ganjaran pahala berkat kesabaran dan kesungguhan dalam menjalankan tanggungjawab tanpa keluh kesah dan tanpa rasa penat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.