≡ Menu

Ikan Panggang Dan Ikan Bakar Boleh Meningkatkan Kecerdasan Otak

Satu kajian yang dijalankan di Fakulti Sains Kesihatan Universiti Pittsburgh, Amerika menyarankan pengalihan fokus daripada Omega-3s kepada memakan ikan, asli dan mudah, bakar atau panggang untuk meningkatkan kesihatan otak.

“Kajian kami menunjukkan mereka dengan pola makanan yang termasuk ikan bakar atau panggang, tetapi bukan digoreng, memiliki isipadi otak yang lebih besar dibahagian yang berkaitan dengan memori dan kognisi,” kata penyelidik kanan James T.Becker, PhD, profesor psikiatri, Fakulti Perubatan, Universiti Pitttsburgh.

Meskipun banyak kajian yang memuji pelbagai manfaat kesihatan asid lemak omega-3 terutamanya kesihatan otak, namun Becker dan pasukannya tidak terkesan dengan pengaruh Omega-3s dalam kajian mereka.

“Kami tidak menemui kaitan antara tahap omega-3 dan perubahan otak ini, yang membuat kami sedikit terkejut,” katanya. “Ia membuat kami menyimpulkan bahawa kami menerokai ke dalam satu set umum faktor gaya hidup yang memberi kesan kepada kesihatan otak di mana pemakanan hanya sebahagian daripadanya.”

Dengan menggunakan imbasan otak MRI resolusi tinggi, pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Cyrus Raji dari Residensi Latihan Radiologi, Universiti California, Los Angeles (UCLA), menganalisis data daripada 260 orang yang pada masa yang sama mengambil bahagian dalam kajian kesihatan jantung.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Peserta yang kesemuanya terdiri daripada mereka yang berumur 65 tahun ke atas, dinilai berada dalam kesihatan kognitif yang baik dalam tempoh 10 tahun kajian berlangsung, yang bermula pada tahun 1989. Secara teratur, peserta melaporkan sendiri pengambilan pemakanan mereka.

“Dalam kajian ini, peserta menjawab soalan mengenai amalan pemakanan mereka, seperti berapa banyak ikan yang dimakan dan bagaimana ia disediakan,” kata Raji.

“Ikan bakar atau panggang mengandung tahap omega-3 lebih tinggi berbanding ikan goreng, disebabkan asid lemak hancur dalam suhu tinggi penggorengan, justeru kami mengambilkira perkara tersebut ketika kami memeriksa imbasan otak mereka.”

BACA:  Bermula Mac Ini, Jangan Lupa Daftar Anak Darjah 1 Secara Online

Penyelidik menyimpulkan bahawa peserta yang makan ikan bakar atau panggang sekurang-kurangnya sekali seminggu, memiliki isipadu korteks otak besar (grey matter) kira-kira 4.3% lebih besar berbanding yang tidak memakannya. Kognisi mereka pun lebih unggul 14 peratus berbanding yang tidak makan ikan dan lebih cenderung untuk mempunyai pendidikan tinggi berbanding mereka yang tidak makan ikan.

“Ini menunjukkan bahwa faktor gaya hidup, dalam kes ini adalah makan ikan, bukannya faktor biologi yang menyumbang kepada perubahan struktural di dalam otak. Gabungan faktor gaya hidup bertanggungjawab ke atas kesihatan otak yang lebih baik, dan ini mungkin mencegah atau menunda masalah kognitif yang mungkin berkembang di kemudian hari,” tambah Becker.- AFP (05/08/2014).

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.