Terliur pula apabila bayangkan beberapa hidangan berasaskan salmon, memang sedap sangat!
Dikatakan sebagai salah satu sumber protein yang terbaik, ikan salmon ini mengandungi beberapa manfaat lain yang ramai tak tahu.
Apakah manfaat tersebut, kami akan kongsikan dengan kamu dalam entri kali ini.
Penting untuk membina imuniti badan
Ikan salmon mempunyai omega-3, selenium, Vitamin A dan Vitamin D yang penting dalam meningkatkan tahap imuniti dalam badan.
Baik untuk jangka masa pendek dan panjang, setiap individu perlu mengambil hidangan berasaskan ikan salmon sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk kurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan penurunan kognitif.
Sumber protein terbaik
Untuk pengetahuan kamu, salmon kaya dengan sumber protein yang berkualiti. Di mana 100g ikan salmon mampu memberikan sehingga 20g protein kepada seseorang individu.
Protein ini memainkan beberapa peranan penting seperti membantu badan sembuh dengan cepat setelah alami kecederaan, melindungi kesihatan tulang, kekalkan jisim otot dan elakkan penuaan.
Selain itu, salmon juga dapat membantu kamu mengekang nafsu makan dan menjadikan kamu kenyang dalam jangka masa yang panjang.
Berfungsi dalam menjaga kesihatan jantung
Kaya dengan polyunsaturated fat seperti omega-3 fatty acid yang tidak dapat dihasilkan oleh badan, ikan ini berupaya untuk menjaga kesihatan jantung selain daripada keseimbangan kulit, sendi dan otot.
Menurut kajian yang dilakukan oleh saintis, pengambilan ikan salmon secara berkala dapat melindungi kita daripada beberapa jenis barang dan keadaan seperti asma, tekanan darah tinggi, dan rheumatoid arthritis.
Boleh kurangkan berat badan dengan berkesan
Nak turunkan atau mengawal berat badan? Cuba makan beberapa hidangan berasaskan salmon kerana ia mempunyai kalori yang rendah dan lihat kesannya.
Kalau kamu nak tahu ikan ini boleh mengurangkan selera makan kamu selain ia dapat meningkatkan kadar metabolisme, tingkatkan kepekaan insulin dan turunkan lemak perut.
Berupaya untuk melawan gejala keradangan
Menurut pakar, keradangan yang berlaku sebenarnya berpunca daripada kebanyakan penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes dan kanser.
Kandungan omega-6 fatty acid dalam salmon boleh membantu seseorang individu menurunkan gejala keradangan dan beberapa faktor risiko penyakit kronik.
Dapat membantu untuk hidup dengan lebih lama
Berdasarkan kajian yang dilakukan, jika seseorang individu memakan hidangan salmon terutamanya salmon yang dibakar dan dipanggang berupaya untuk hidup dengan lebih lama berbanding mereka yang memakan sumber protein lain seperti daging.
Berikan kulit yang lebih sihat
Memasukkan hidangan salmon sebagai sebahagian daripada diet kamu boleh menjadikan kulit kelihatan lebih sihat dan berseri.
Pakar ada mengatakan bahawa fatty acid di dalam salmon boleh membantu kulit kamu menahan air dan mengekalkan kelembapannya bagi menjadikan kulit lebih halus, anjal dan awet muda.
Pada masa yang sama, omega-3 fatty acid di dalam salmon akan ‘berkerjasama’ dengan carotenoid untuk mengurangkan kerosakan radikal bebas yang berupaya menjadikan kulit mengalami proses penuaan dengan cepat.
Ikan salmon ini memang terbukti mengandungi pelbagai manfaat yang bagus untuk kesihatan. Nak dapatkan kesemua manfaatnya?
Senang sahaja, masukkan beberapa hidangan salmon ke dalam diet harian supaya kamu dapat menikmati kesemua manfaat daripada ikan salmon.